Abai 3 budak, polis bertindak ikut Akta Kanak-Kanak

17wan.transformed_3

JOHOR BAHRU: Polis akan membuat laporan dan mengambil tindakan segera berhubung kes tiga beradik berusia setahun hingga enam tahun yang dipercayai menjadi mangsa pengabaian ibu bapa di Larkin Perdana, di sini.

Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd, berkata pihaknya boleh mengambil tindakan mengikut Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016.

Bagaimanapun hingga kini polis belum terima sebarang laporan berhubung kejadian berkenaan.

Katanya, pihaknya akan memantau perkara itu dan menegaskan boleh mengambil tindakan mengikut akta berkenaan.

“Kita (polis) akan buat satu laporan berdasarkan video yang viral itu dan kita akan ambil tindakan secepat mungkin kerana ini adalah isu sensitif membabitkan kanak-kanak dan polis tidak akan berkompromi dengan perkara ini.

“Sudah tentu kita boleh ambil tindakan mengikut Seksyen 3 Akta Kanak-Kanak tapi kita masih belum terima laporan dan akan terus pantau perkara ini, ” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan perasmian pertandingan boling Piala Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Kontinjen Johor di sini, hari ini.

Khamis lalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyelamatkan tiga beradik itu yang dipercayai menjadi mangsa pengabaian ibu bapa mereka di sebuah bilik sewa di Larkin Perdana, di sini.

Kisah tiga beradik berkenaan menjadi viral dalam laman sosial selepas beberapa gambar dimuat naik menunjukkan keadaan mereka hidup dalam keadaan tidak terurus di sebuah bilik.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s