Dato Seri Vida Akui Sedang Berkawan Jejaka Eropah

Kalau masih ingat baru-baru ini Datuk Seri Vida sedang giat mencari calon bakal suami bermata kelabu, sampaikan Rani Kulup pun turut sama melamar beliau. Terbaru, Datuk Vida memberitahu, beliau kini sedang mengenali seorang jejaka Eropah yang mempunyai kriteria yang dinginkan.

“Kami sudah mengenali satu sama lain beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya bercakap di telefon, tetapi Hari Raya ini saya menjemputnya untuk datang meraikan di rumah saya. Dia mempunyai segala-galanya, kacak, mata kelabu, rambut perang, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan” “Saya fikir dia adalah setanding dengan David Beckham.

Saya enggan tergesa-gesa kerana saya masih trauma dari perkahwinan terakhir saya yang tidak bertahan lama,” katanya kepada portal Astro Awani mengenai lelaki idamannya yang berbangsa Eropah. Dikhabarkan jejaka mat salleh itu berumur 30-an dan pertama kali mereka bertemu pada Aidilfitri lalu selepas beberapa bulan berkenalan. Wah, hebat juga penangan Datuk Vida sampaikan mat salleh pun terpaut hati. Semoga Datuk Vida gembira bersama jejaka mata kelabu.

Terdahulu, selepas menyuarakan hasratnya untuk mencari calon suami, Rani Kulup antara yang berani melamar Datuk Vida. Namun jejaka itu tidak menepati kriteria yang dinginkan dan meminta supaya jangan mencari publisiti murahan. Malah Datuk Vida juga menolaknya dengan baik.

Sumber – Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s