Lelong RM12 Sekilo Durian | Pesta Durian Shah Alam

KIRA-kira 15 tan durian mengkal atau tidak masak dalam Festival Durian Kendurian 2017 di Dataran Kemerdekaan, Shah Alam, hari ini dilelong pada harga RM12 sekilogram. Penganjur, Farid Hilmi, 26, berkata, atas permintaan ramai, pihaknya mengambil keputusan menjual durian yang ada itu pada harga seminimum mungkin.

“Kami terpaksa menjual durian ini kepada pengunjung disebabkan permintaan yang sangat tinggi walaupun mereka tahu ia mengkal,” katanya di Shah Alam, hari ini. Menurutnya, dia membuat keputusan sedemikian bagi mengelakkan kerugian teruk selain mendapat permintaan tinggi. Katanya, pihaknya sudah memeram durian berkenaan bagi memastikan isinya masak namun ia perlu mengambil masa sekurang-kurangnya sehari lagi. “Kami rasa buat masa sekarang ini adalah jalan terbaik,” katanya. Penjualan secara lelong itu dibuat mulai 7 malam tadi dan orang ramai berkumpul di gerai berkenaan untuk membeli raja buah yang dijual pada harga murah itu. Pengunjung Emmat Amsarah, 67, berkata, dia berpuas hati dengan kualiti durian itu yang dijual pada harga berpatutan. “Saya sudah buka dan makan terus di gerai, kerana kami sekeluarga mahu lihat kualitinya dulu. “Walaupun ada yang mengkal namun durian yang masak rasa dan isinya sedap hanya kulitnya saja keras. “Mungkin kami tambah beberapa kilogram lagi,” katanya yang berasal dari Taman Medan, Petaling Jaya. Emmat berkata, dia membeli lapan kilogram Durian Batang Emas berharga RM96, berbanding di tempat lain yang dijual pada harga RM18 hingga RM22 sekilogram. Terdahulu, penganjuran Festival Durian Kendurian 2017 itu terpaksa dihentikan berikutan raja buah itu masih tidak masak atau mengkal. Semalam penganjur turut menghadapi masalah sama apabila hanya 200 kilogram durian daripada 15 tan yang sampai boleh dinikmati pengunjung manakala selebihnya mengkal. Setiap pengunjung yang mahu menikmati raja buah itu dikenakan bayaran RM19 seorang namun bagi durian yang mengkal penganjur memulangkan semula wang mereka.

Sumber-Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s