7 Penjahat “Susah” Mati Dalam Sejarah

1.Edward Teach

Edward Teach atau yang dikenali sebagai Blackbeard merupakan seorang kapten lanun laut Inggeris , Dia juga memiliki 16 isteri.

Blackbeard melarikan diri ke North Carolina di Amerika syarikat , untuk bersenang-senang dengan harta yang dirampasnya. Namun, gabenor Virginia waktu itu, tidak suka dengan cara Blackbeard. Lalu dia menghantar dua kapal perang yang dipimpin oleh Robert Maynard untuk menyerang kapal Blackbeard

Namun, Blackbeard tidak lari dari serangan kapal Maynard. malah Dia menaikinya untuk mencari Maynard. Maynard hampir kehilangan seluruh jarinya akibat ditetak dengan pedang oleh Blackbeard. pedang Maynard pula patah ketika cuba melibas punggung Blackbeard.

Blackbeard telah ditikam setidaknya dua puluh kali dan ditembak sebanyak lima kali, akhirnya mati kerana pendarahan. Sebelum mati, dia sempat mengisi peluru pistolnya untuk terus menembak anak buah Maynard.

2.Pablo Escobar

Pablo Escobar adalah pemimpin Kartel Dadah Medellin, sebuah sindiket dadah asal Colombia (Amerika Selatan) yang membekalkan 80% kokain di seluruh dunia. Pada tahun 1989, Escobar di’list’kan sebagai manusia ke-7 terkaya di dunia dengan aset sebanyak $ 25 bilion US Dollar .

Sebuah pasukan khas bernama Search Bloc yang dibina atas pembekal-pembekal dari US Delta Force, SEAL Team 6 dan polis Colombia cuba untuk membunuhnya.

Setelah aksi Tembak menembak , Escobar akhirnya naik ke atas bumbung, melompat dari satu bangunan ke bangunan lain, dengan masih terus ditembak di kaki dan badan. Escobar terus selamat hingga akhirnya dia membunuh diri dengan menembak kepalanya. Ketika dibedah siasat, kecederaan Escobar dianggarkan mempunyai seribu luka tembakan di seluruh badan dan kakinya.

3.Ned Kelly

Ned Kelly adalah seorang penjenayah berasal dari Australia yang hidup di abad ke-19. Dia bertanggungjawab atas rompakan dua bank besar dan pembunuhan tiga orang anggota polis. dia membunuh tiga anggota orang polis tersebut untuk melarikan diri dari tangkapan polis.

Ned Kelly dan kumpulannya menculik kira-kira 70 orang tebusan dari Glenrowan Inn ketika itu mereka tahu bahawa kereta api yang penuh dengan polis sedang mengejar mereka. Ned Kelly juga berusaha untuk menjatuhkan keretapi tersebut di tengah-tengah jalan, tetapi gagal.

Kesemua penjenayah itu memakai baju besi ciptaan mereka sendiri

Kelly keluar dari Glenrowan Inn, menyerang anggota polis yang menembak ke arahnya. Namun pahanya yang tidak dilindungi menjadi kelemahannya.

Kelly akhirnya menyerah kerana terlalu banyak luka di kakinya. Seluruh anggota kumpulannya mati masa tembak menembak terjadi , namun Kelly hidup dan dibawa ke mahkamah. Dia dihukum mati, dan kata-kata terakhirnya sebelum dihukum adalah “Aku akan bertemu kau selepas aku mati.”

Dua minggu kemudian, hakim yang menjatuhkan hukuman mati terhadap Kelly mati akibat serangan jantung.

3.Leon Trotsky

Leon Trotsky adalah orang kanan pemimpin Bolshevik di Rusia, Lenin

Selepas Lenin mati , dia terus kepada Stalin. Tapi Stalin telah mengeluarkanya dari Parti Komunis Rusia dan mengasingkannya dari Rusia. Trotsky tekad untuk membalas dendam terhadap Stalin dan dia terus mengadu kepada Kongres Amerika Syarikat.

Trotsky tidak diizinkan masuk ke Amerika syarikat oleh Imigresen. Akhirnya, dia pindah ke Mexico City, dimana ia cuba dibunuh oleh pembunuh upahan Stalin bernama Ramon Mercader.

Mercader dapat menetak kepala Trotsky dengan kapak. Tapi Trotsky bangun dari tempat duduk dan terus meludah Mercader, dan mengejar Mercader dan berlawan dengan menggunakan kapak di kepalanya.

Pembantu Trotsky akhirnya dapat masuk ke dalam bilik, dan terus membunuh Mercader, dan membawa Trotsky ke hospital. Dia mati akibat komplikasi penyakit di kepalanya beberapa hari kemudian.

4.Gabriel Garcia Moreno

Gabriel Garcia Moreno adalah presiden Ecuador di abad ke 19. Dia yang bertanggungjawab dalam pembukaan Parti Konservatif Ecuador.

Moreno menyatakan bahawa agama rasmi negara itu adalah Katolik, dan “Wajib” bagi sesiapapun yang ingin masuk politik merupakan seorang Katolik. Peraturan ini ditentang oleh orang ramai sehingga ada yang ingin membunuhnya.

Satu hari, Moreno sedang berjalan keluar dari gerejanya di Quito. Dia tiba-tiba diserang oleh sekumpulan penyerang dengan menggunakan kapak ke arah leher, tengkorak dan otaknya, lalu penyerang memutuskan lengan kiri dan kanannya.

Walaupun begitu , Moreno masih mampu berdiri kembali. penyerang lalu menembaknya enam kali di dada. Kemudian moreno diserang lagi dengan pedang lebih kurang 14 kali. Bahkan setelah itu, Moreno masih sempat menulis “Tuhan takkan mati” dilantai dengan darahnya sendiri.

Setelah penyerang pergi, pendeta gereja membawanya masuk ke dalam gereja, dia masih mampu hidup untuk 15 minit lagi kemudian mati.

5.Ferdinand Magellan

Ferdinand Magellan adalah seorang penjelajah berasal dari Portugis.Magellan bersetuju untuk membunuh seseorang bernama Lapu-Lapu, musuh dari dua raja Filipina.

Magellan akhirnya mendarat di pulau milik Lapu-Lapu yang bernama Mactan. Lapu-Lapu tahu akan kehadiran mereka , tentera lapu – lapu telah siap menunggu mereka.

Magellan ditembak dengan peluru beracun ketika ia menjejakkan kaki di Mactan. Namun dia tetap berlari ke depan, di belakangnya merupakan sebuah kapal tentera miliknya .

Dia terus ditusuk di muka dengan menggunakan lembing buluh, dan lengannya putus akibat dilibas pedang musuh , kakinya juga dipotong. Dia akhirnya jatuh tersungkur ke tanah, tidak berdaya.

Tentera Lapu-Lapu terus menerus memukulnya, namun Magellan masih hidup dan meneriak supaya anak buahnya kembali ke kapal dan berundur. Di tengah hujan dan pukulan dari tentera musuh, Magellan melihat anak buahnya berundur kemudian dia mati.

6.Rasputin

Rasputin adalah seorang sami yang hidup dan berkerja dengan Tsar Nikolas II di Rusia, pada awal abad ke 20. Tsar Nikolas II (Raja Rusia) percaya bahwa Rasputin dapat mengubati anak mereka yang terkena hemofilia bernama Alexei, dia menyuruhnya untuk tinggal di Istana bersama keluarga Tsar.

Rasputin memiliki watak yang tidak begitu baik. Dia adalah seorang lintah darat dan juga seorang pemabuk dan sering menerima rasuah dari orang-orang yang meminta bantuannya. Gaya hidup Rasputin membuatkannya kurang disukai oleh kerajaan yang memerintah.

Rasputin ditikam oleh seorang pembunuh upahan pada tahun 1914. Tetapi dia tetap hidup. Setelah sembuh, masih ramai orang ingin membunuhnya dan kali ini dengan cara meracun dia dengan wine. Tetapi Rasputin masih tetap hidup .

Di sebabkan Rasputin masih hidup, mereka mencuba membunuhnya lagi, kali ini dengan menembak kepalanya. Rasputin rebah ke tanah, tapi sebenarnya dia hanya berpura-pura mati. Setelah merasa Rasputin dah mati para pembunuhnya pun meninggalkan tempat itu. seorang dari mereka tertinggal jaket dan dia kembali ketempat itu untuk mengambil kembali jaketnya

Bila sampai disana Rasputin pun menjerit dan mencekiknya.

Bila terdengar, Orang-orang itu datang kembali ke tempat itu, mereka menembak dia lagi tiga kali di kepala, dan terjatuh ke tanah . Ternyata Rasputin Masih belum mati .

Rasputin bangun, kemudian terus dipukul sampai pengsan. Mereka membungkus tubuh Rasputin dengan selimut dan membuangnya ke Sungai Neva yang teramat sejuk.

Ketika mereka jumpa mayat Rasputin, selimut itu berlumuran darah dan badannya penuh luka tembakan, perutnya penuh dengan racun, dan banyak lebam akibat dipukul, Akhirnya Rasputin diberitakan mati disebabkan kesejukan.

SUMBER : 127

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s