“Mesej Minta Seks, Ya Memang Saya Salah”

PETALING JAYA – Lelaki bersongkok yang gambar dan mesej perbualannya ‘minta seks’ daripada seorang wanita yang menghubunginya untuk mencari kerja tampil memberi penjelasan kisah sebenar di sebalik kejadian yang tular di media sosial.

Hanya mahu dikenali sebagai Zul, dia mengaku bahawa gambar lelaki memakai songkok itu adalah dirinya, malahan mesej-mesej seks yang ditulis kepada wanita berkenaan juga adalah daripadanya.

Zul bagaimanapun mendakwa apa yang dilakukannya hanyalah satu taktik untuk menguji sikap calon pekerja yang mahu bekerja di syarikatnya sebelum dipanggil untuk sesi temuduga sebenar.

Lelaki berusia 54 tahun dan menetap di Melaka itu berkata, dia telah meminta maaf kepada wanita yang tidak dikenalinya itu selepas berbual tentang seks, tetapi paparan skrin permohonan maaf itu tidak disebarkan oleh wanita berkenaan di media sosial.

“Apa nak buat, memang silap saya, cara saya agak kasar dan tak sopan, tapi saya sebenarnya bukan jenis suka cakap-cakap lucah macam tu.

“Niat hati nak ‘temuduga’ bermain kata-kata, tak sangka pula saya sendiri yang terkena bila dia viralkan gambar dan perbualan kami berdua,” katanya kepada mStar Online.

Berdasarkan posting tular tersebut, wanita berkenaan dilihat menghubungi Zul minggu lepas selepas terlihat nombor telefon lelaki itu yang sedang mencari pekerja di sebuah laman web.

Bercerita lanjut, Zul yang mempunyai bengkel dan syarikat sendiri di negeri Hang Tuah itu berkata, dia sedar sukar untuk orang ramai percaya atau menerima alasan yang diberikan tetapi sekurang-kurangnya dia perlu menjelaskan sebab berbuat demikian.

“Kalau betul saya macam tu, awal-awal lagi saya keluarkan gambar dalam WhatsApp,” katanya.

Paparan skrin mesej-mesej penjelasan dan permohonan maaf Zul kepada wanita yang menghubunginya untuk mencari kerja, tetapi tidak disebarkan di media sosial.

Menurut Zul, ketika posting tersebut mula tular, isterinya juga telah lari dari rumah kerana terkejut dan marah dengan tindakannya.

Setelah menenangkan isterinya dan menjelaskan perkara sebenar, barulah isteri dan ahli keluarga yang lain mengabaikan posting tular tersebut.

“Pertama kali dalam hidup saya ‘siasat’ bakal pekerja dengan cara macam ni.

“Saya sebenarnya fobia setiap kali nak ambil pekerja sebab dah banyak kali kena tipu, ramai yang tak jujur mereka tiru tandatangan saya, tipu duit saya dan macam-macam lagi,” katanya.

Zul mendakwa, walaupun dia sudah dapat mengesan identiti wanita yang dipercayai menyebarkan posting itu, dia tidak berhasrat untuk mengambil tindakan undang-undang.

Dia bagaimanapun sedang mempertimbangkan keperluan menukar nombor telefon disebabkan nombornya telah tersebar dan diserang dengan panggilan serta mesej maki hamun.

“Saya sudah minta maaf, cuma saya terfikir apa motif dia tak viralkan sepenuhnya mesej perbualan kami.

“Mungkin kalau dia viralkan semua, ada netizen yang dapat faham kenapa saya buat macam tu berbanding semua orang terus hentam saya tanpa tahu situasi sebenar,” katanya.

Berikut adalah mesej lucah Zul yang tular di media sosial

Sumber Mstar Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s