Bapa, Datuk & 2 Bapa Saudara Didakwa Rogol 2 Beradik Perempuan, Mangsa Dakwa Dirogol Sejak Berumur 13 Tahun

Seorang bapa, datuk dan dua bapa saudara kepada dua beradik perempuan ditahan polis di Kampung Daha Seroban, Serian hari ini selepas didakwa merogol dua beradik yang berusia 19 dan 14 tahun itu.

Kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 57 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan dari Hospital Serian berhubung kejadian.

Harian Metro melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata mangsa yang berusia 19 tahun itu dirujuk ke hospital terbabit kerana mengandung sebelum mangsa mendedahkan perkara itu kepada hospital.

Menurutnya, mangsa mendakwa dia dirogol oleh bapa kandungnya, dua bapa saudara dan datuknya sejak berusia 13 tahun.

“Mangsa turut mendakwa adiknya berusia 14 tahun dirogol sejak berusia sembilan tahun,” katanya.

Katanya, kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban sehingga mangsa mengandung.

Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Serian esok untuk perintah reman,” katanya

Sumber: Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s