VIRAL! Pakai beg berharga rm44k ke sekolah, pelajar sekolah di Pulau Pinang ini mendapat perhatian netizen!

Sekiranya suatu ketika dahulu, jenama beg seperti Swan pernah mendominasikan dunia persekolahan rendah. Namun kini, zaman mungkin sudah berubah, apabila jenama-jenama yang pernah popular suatu ketika dahulu dilihat seperti kurang popular pada masa sekarang.

Sekeping gambar yang memaparkan seorang pelajar sekolah rendah yang memakai sebuah beg berjenama Supreme X Louis Vuitton telah jadi tular di laman Facebook.

Apa yang menariknya, gambar tersebut bukanlah diambil di luar negara, sebaliknya, gambar tersebut dipercayai telah diambil di sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang.

Berdasarkan daripada harga yang dipaparkan di laman eBay, beg yang dipakai oleh pelajar tersebut bernilai lebih kurang RM44,000.

Beg berjenama Supreme X Louis Vuitton yang berwarna merah yang dipakai oleh pelajar tersebut telah mendapat perhatian netizen yang kemudiannya mempertikai keaslian beg tersebut.

Menurut beberapa orang netizen, beg yang dipakai oleh pelajar tersebut bukanlah yang asli, sebaliknya ianya mungkin tirun kerana terdapat sedikit perbezaan berbanding dengan yang asli seperti pada bahagian butangnya yang berwarna perak, di mana ianya sepatutnya berwarna merah.

Selain daripada beg itu, kasut Nike Sock Dart yang bernilai RM349 turut mendapat perhatian yang serupa daripada netizen.

Berdasarkan kepada pakaian seragam yang dipakai oleh kedua-dua pelajar dan kain rentang berbahasa Inggeris yang terdapat di dalam gambar ini, tertanya pelajar tersebut merupakan pelajar di salah sebuah sekolah antarabangsa di Pulau Pinang.

Jadi tidak hairanlah sekiranya ibu bapa mereka mampu untuk memberikan barang-barang mahal untuk dipakai oleh anak-anak mereka di sekolah.

sumber: ohmedia

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s