HARGA MINYAK DI BRUNEI HANYA 30 SEN SELITER.

Harga Minyak Di Brunei Hanya 30 Sen Seliter

BRUNEI merupakan antara negara pengeluar minyak sama seperti Malaysia di rantau ini. Sesuai dengan namanya sebagai negara pengeluar minyak, maka tidak hairanlah harga minyak yang dijual kepada rakyatnya juga sangat murah iaitu hanya 30 sen seliter (BD 0.30).

Maklumat ini diperolehi daripada status salah seorang rakyat Malaysia yang berkunjung ke negara itu baru-baru ini. Beliau melahirkan rasa teruja dengan harga minyak yang sangat murah di Brunei — hanya 30 sen (BD0.30) seliter atau bersamaan dengan RM0.90 seliter.

“Seronok betul minyak 30 sen 1 liter. Penuh tangki baru 18 ringgit,” tulis Muaz Abdul Hadi di akaun facebook miliknya, yang turut berkongsi gambar harga minyak yang terpampang pada pam minyak Shell yang dikunjunginya di negara berkenaan.

Jika Muaz mahu membeli jumlah minyak yang sama banyak di Malaysia, beliau perlu membayar sebanyak RM2.30/liter X 60.49liter = RM139.13 (RON95), tapi di Brunei beliau hanya membayar sebanyak BD18.00 (RM56.60).

Dalam kata lain, walaupun Malaysia dan Brunei kedua-duanya adalah negara pengeluar minyak, tapi harga minyak di Malaysia lebih dua kali ganda mahalberbanding di Brunei.

Itu baru perbandingan harga minyak secara terus belum lagi kita bandingkan dengan kadar pendapatan purata penduduk Brunei dan Malaysia lagi.

Selalu kita dengar menteri-menteri BN (Barang Naik) kata harga minyak Malaysia jauh lebih murah berbanding negara-negara jiran. Tapi menteri-menteri ini hanya membandingkan harga minyak Malaysia dengan negara-negara yang tidak memiliki hasil petroleumseperti Singapura, Filipina dan Thailand.

Menteri-menteri ini tak berani bandingkan harga minyak Malaysia dengan harga minyak di Brunei yang juga merupakan negara pengeluar minyak.

Kenapa?

Lu fikirlah sendiri…

Kredit – MiloSuam

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s