Disimbah Asid Selepas Suarakan Hasrat Ingin Berpoligami, Mangsa Maafkan Bekas Isteri Dan Tiada Lagi Dendam

Tuan Azaman Tuan Ludin, 44, yang menjadi mangsa simbahan asid yang terjadi 12 tahun lalu setelah dia menyuarakan hasratnya ingin berpoligami kepada bekas isterinya. Akibat dari itu, bahagian muka sebelah kirinya sehingga ke leher mengalami melecur teruk dan cacat.

Kejadian tersebut berlaku pada tahun 2005 dan menyebabkan dia terpaksa berulang-alik ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) selama tiga tahun demi mendapatkan rawatan pemulihan wajahnya selepas dia ditahan di dalam hospital itu selama tiga bulan.

Menurut Tuan Azaman yang juga seorang pesara tentera, keadaan wajahnya semakin baik saat ini tetapi masih lagi sensitif sehingga dia tidak boleh sebarang makanan seperti makanan laut.

Isterinya, Noraimi Ghazali, 33, yang dikahwin setahun selepas insiden itu berlaku telah banyak berkorban dan memberi semangat kepadanya.

“Selepas kejadian itu, saya sukar terima kenyataan terutama apabila muka saya cacat namun Noraimi banyak berkorban dan beri kata-kata semangat.”

“Dia juga tidak merungut atau malu dengan keadaan saya yang tidak sempurna. Saya sangat menghargainya dan bersyukur.

Pelakunya yang juga bekas isterinya itu, telah pun dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama lima tahun dan kini Tuan Azaman juga sudah memaafkannya dengan sokongan dan nasihat dari isterinya sekarang.

“Walaupun saya disimbah asid di muka hingga mencacatkan sebahagian wajah, saya tidak berdendam dengan bekas isteri.

“Sudah lama saya maafkan dia (bekas isteri) kerana mahu hidup dengan tenang dan bahagia bersama isteri sekarang,” kata Tuan Azaman Tuan Ludin.

Perkahwinan Tuan Azaman dengan bekas isterinya dikurniakan seorang anak perempuan bernama Nor Syafida yang berusia 22 tahun .

Sumber- Harian Metro Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s