SPRM Serbu Rumah Tan Sri Isa Samad

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia menyerbu kediaman bekas Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad di Selangor malam tadi.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad yang berkata, ia sebahagian proses biasa selepas seseorang ditahan.

” Serbuan itu ada proses siasatan biasa selepas tangkapan. Kita akan buat semakan fail, dokumen di rumah individu terbabit. Esok kita akan buat permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan Majlis Menandatangani Ikrar Bebas Rasuah Badan Bukan Kerajaan dan PIBG Kelantan di Institut Latihan Perindustrian, Pengkalan Chepa

Apabila ditanya sama ada akan ada tangkapan susulan termasuk isteri Isa , beliau enggan mengulas lanjut.

Portal berita Harian Metro hari ini melaporkan, SPRM menahan Mohd Isa bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian dua buah hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC).

Sumber berkata, Mohd Isa ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada jam 2.40 petang untuk memberi keterangan lanjut berhubung pembelian dua hotel oleh FIC antara tahun 2014 dan 2015.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki dipetik berkata, penahanan itu adalah tindakan susulan hasil daripada keterangan yang sudah dirakam oleh pasukan penyiasat berhubung pembelian hotel berkenaan sebelum ini.

Sementara itu, ketika mengulas mengenai rayuan berhubung pembatalan reman ke atas EXCO Pulau Pinang Phee Boon Poh bersamapengarah dan pengurus kilang haram, Dzulkifli berkata, pihak Pejabat Peguam Negara sudah bersetuju untuk memfailkan rayuan terhadap keputusan itu sama ada esok atau lusa.

Sumber Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s