Anak Dato Vida Tidak Bagi Lelaki Dekati Emaknya


SHAH ALAM – Pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih popular dengan nama Datuk Seri Vida memuat naik sebuah video di laman Instagramnya berkaitan ‘amaran’ daripadanya anaknya Cik B.

Cik B yang memakai kostum ala perisai berserta cermin mata hitam seakan-akan memberi amaran kepada mana-mana lelaki agar tidak mendekati ibunya.

“Ini baju perisai saya. Muka saya macam siapa? Anda dah tahu.

“Jangan siapa-siapa berani dekat dengan mama, nak kahwin dengan mama. Saya tak bagi,” ujarnya.

Menurutnya, lelaki-lelaki yang ingin mendampingi ibunya tidak lebih mahukan perhatian dan mengecap kemewahan yang dimiliki ibunya.

“Siapa-siapa pun semua nak perhatian nak duit. Saya tahulah, orang….

“Kenapa nak kahwin dengan mak saya? Nak glamer, nak kaya, nak duit? Soalnya.

Dengan mempamerkan kostum tersebut, Cik B seakan-akan memberitahu bersedia menjaga ibunya.

“Saya dah jadi samurai dah, ada tengkorak, segala ni,” katanya.

Dengan kapsyen “Cik B naik marah,” Vida berkata anaknya itu meluahkan padanya, jangan ada sesiapa yang mengganggunya.

“Dia marah siapa sebenarnya ni?Tak faham saya balik kerja tiba-tiba cakap, jangan ada sesiapa ganggu mama,” ujarnya.

Terdahulu, Vida dikaitkan kontroversi apabila Rani Kulup bersedia melamarnya menjadi isteri.

Ekoran itu, pelbagai cerita negatif mengenai Vida heboh diperkatakan hingga Vida memuat naik video kesalnya di laman Instagram yang sama.

“Tolong jangan macam-macam… jaga maruah diri, hormati saya atas dasar kemanusiaan,” demikian luahnya

Lebih dikenali dengan panggilan Datuk Seri Vida, beliau meluahkan perasaannya di laman sosial Instagram hari ini mengenai pelbagai cerita negatif yang terpalit kepadanya.

“Ingat saya gelak-gelak, happy sokmo, takde maruah ke? Kenapa saya marah? Sayang tahu kan.. kalau nak ikutkan kuat memangla saya kuat… boleh tempuhi isu ibarat nyamuk je ni.. tapi HATI, hanya yang memahami akan cuba mengerti saya

“Tapi… kadang saya tergelak jugak… sebab dia memalukan diri sendiri. Cuma tolong hormati saya walaupun janda. Itu hak ALLAH nak nilai siapa saya… orang yang rapat kenal saya macam mana,” tulisnya.

Beliau turut mengingatkan kaum wanita agar teguh mempertahankan maruah.

Sumber Haslina Kamaludin

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s