Surat Terbuka Dari Anak Felda Buat Tan Sri Isa Samad

Ke hadapan yg dikasihi Tan Sri Isa Samad.

Tan Sri,

Kami amat prihatin dengan nasib malang yg menimpa Tan sri. Kini segala jasa Tan sri selama ini telah dilupakan begitu sahaja sedangkan Tan sri lah satu-satunya tokoh yang telah membawa nama felda ke pengetahuan dunia dengan pelbagai kisahnya. Akhirnya Tan sri telah dijadikan kambing hitam hanya utk menyelamatkan maruah beberapa pemimpin yg selama ini bersekongkol dgn Tan sri. Mungkin jumlah yg dirembat Tan sri tidak lah sebanyak yg dirembat org itu, tetapi sebagai sahabat yang baik, demi maruahnya tan sri terpaksa berkorban.

Dalam meniti usia senja ini Tan sri terpaksa menanggung aib yg sgt besar begini dan kami rasa ianya sangat tidak adil.

Disebabkan keperihatinan kami itu kami ingin mencadangkan supaya tan sri segera mendaftar untuk menjadi ahli kepada har pan. Ini sahaja lah satu-satunya jalan utk membersihkan arang yg terpalit di muka berseri tan sri. Kami percaya dan yakin dgn mengisi borang sahaja dosa-dosa tan sri akan segera terhapus seolah sperti bayi tua yg baru lahir. Buktinya telah pun ada. Lihat sahaja bagaimana sucinya Tun M sekarang ini. Besar har pan kami agar Tan sri menerima cadangan kami ini demi kebaikan dan survival politik tan sri sendiri. 

Kami akan menyatakan apa yg pernah tan sri lakukan dulu hanya lah sejarah silam yang tak perlu diungkit lagi, sesuatu luka yg kecil dan  kami akan move on dr memperingati luka kecil tersebut. 

Untuk itu kami rela menyerahkan borang mana-mana parti yg sesuai dgn tan sri asalkan ianya dr pakatan harapan. Mungkin parti Amanah sesuai juga dgn tan sri, mengambil warna rasmi felda dan baju lokap sprm. 

Kami berharap tan sri akan cepat bertindak utk menghilangkan aib ni semua.

Sekian kami yg perihatin mohon mencadang.

wassalam

Anak-anak Felda Serting

#solidaritiutkTSIS

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s