Video : Wanita Dibelasah Terok Di Pulau Pinang

Sejak sejam lalu tular di laman sosial Facebook tiga buah video yang memaparkan gelagat orang kampung di Tasek Gelugor, Pulau Pinang yang bertindak memukul seorang wanita selepas ditangkap mengintip sebuah rumah penduduk kampung.

Memetik laporan Harian Metro, gelagat mencurigakan wanita berusia lingkungan 20 tahun itu mengintip sebuah rumah telah disedari oleh seorang penduduk sebelum bertindak mengepungnya dengan beberapa orang yang lain.

“Sebaik dicekup kami bertanya tujuan apa dia mengintip rumah orang.

“Bagaimanapun dia gagal menjawab sebaliknya meronta untuk melepaskan diri,” katanya.

Menurut beliau, penduduk kampung terus mendesak supaya wanita berkenaan memberitahu siapa yang menyuruhnya mengintip rumah orang.

“Walaupun didesak tetapi wanita berkenaan tidak beritahu tujuannya berbuat demikian.

“Sebaliknya dia berkata ‘sat chek nak ‘explain’,” katanya.

Wanita berkenaan kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Tiga video wanita berkenaan dipukul tular di media sosial petang ini di mana ia menimbulkan kemarahan netizen.

Mana tidaknya, hanya kerana mengintip, wanita itu ditampar, dipukul dan rambut ditarik tanpa belas kasihan oleh penduduk, apa yang lebih teruk menimbulkan kemarahan netizen adalah gelagat beberapa orang lelaki yang dilihat memukul dan bajunya ditarik sehingga terselak menampakkan perut serta pakaian dalam suspek.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s