3 Anggota Search Diperintah Bayar Hampir Setengah Juta

f5b590df25cecc6c812644519e54ad8c

Mahkamah Tinggi Shah Alam mengarahkan tiga anggota kumpulan Search membayar hampir setengah juta ringgit kepada sebuah syarikat atas dakwaan melanggar perjanjian berhubung pembatalan konsert mereka tahun lalu.

Hakim M Gunalan memutuskan pemain gitar Noordin Mohd Taib, 55, pemain gitar utama Hamzah Mohd Taib atau Kid, 50 dan pemain bass Nasir Daud, 58 membayar ganti rugi khas bernilai RM494,079.71.

Selain itu mereka juga diarah membayar ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang akan ditaksirkan kemudian, lapor Harian Metro.

Keputusan itu dibuat  selepas mahkamah membenarkan permohonan AFjets Sdn Bhd bagi mendapatan penghakiman ingkar terhadap mereka.

Ini berikutan Noordin, Kid dan Nasir didapati gagal memfailkan pembelaan terhadap tuntutan AFjets.

Sementara itu, peguam Adnan Seman memaklumkan pihaknya masih meneruskan saman terhadap vokalis Amy Search atau Suhaimi Abd Rahman, 59.

AFjets memfailkan saman itu pada 14 Oktober tahun lalu, mendakwa anggota kumpulan berkenaan melanggar perjanjian persefahaman membabitkan kerjasama dalam penganjuran konsert itu.

Konflik bermula apabila bekas pemain dram kumpulan berkenaan, Yazid mengutarakan ketidakpuasan hati berhubung pengagihan bayaran daripada penaja yang didakwa tidak diterima sepenuhnya.

Yazid kemudian membuat laporan polis sementara Search memberikan tempoh 48 jam agar pemain dram itu menarik semula dakwaan berkenaan.

Search kemudian membatalkan memorandum persefahaman (MoU) selepas mendakwa AFjets bersikap tidak profesional menangani kemelut antara mereka dan Yazid.

Manakala AFjets pula mendakwa defendan mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya menerusi sidang media pembatalan MoU yang diadakan pada 20 Mei lalu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s