Azmin: Kenapa baru sekarang kata Dr M ada RM83 bilion?

 

v51510_20170818054125_mt.jpg

Dakwaan bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memiliki kekayaan luar biasa berbentuk wang tunai RM83 bilion di luar negara disifatkan bermotif politik, kata Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.

Azmin turut mempersoalkan mengapa selama 22 tahun Mahathir dalam kerajaan, baru kini bekas pegawainya, Abdul Hameed Gula Maideen membuat dakwaan berkenaan.

“Kenapa baru sekarang, selepas 22 tahun Tun dalam kerajaan, kenapa baru sekarang (buat dakwaan).

“Tindakan ini mempunyai motif politik, kalau siapa-siapa ada bukti, mereka perlu bawanya ke pihak berkuasa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Lembu Qurban di Masjid At-Taqwa, Selayang Baru, Gombak hari ini

Akhbar China Press hari ini melaporkan dakwaan Abdul Hameed bahawa Mahathir menyimpan wang kertas RM1,000 dan RM500 sepanjang perkhidmatan beliau sebagai perdana menteri dan disimpan di Taiwan sejak 1982 hingga 1985.

Beliau mendakwa sejumlah 35,980,800 keping wang kertas RM500 dan 65, 417,100 keping not RM1,000 berada dalam simpanan Mahathir di luar negara.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s