‘PAS Pernah Saran Dr Mahathir Lawat Kampung Memali’

28cc8c0eff727d56940e7557b1b6ed0e.jpeg

PAS pernah beberapa kali mengadakan pertemuan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia bagi menyuarakan saranan agar Tun Dr Mahathir Mohamad melawat Kampung Memali di Baling, Kedah, untuk menghilangkan prejudis dan marah penduduk kampung itu tentang isu Memali.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata selepas perkara itu disuarakan kepada Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk disampaikan kepada bapanya yang juga pengerusi PPBM, tiada sebarang tindak balas daripada Dr Mahathir.

“Tiada sebarang tindak balas daripada Dr Mahathir sehinggalah ia dibangkitkan kembali oleh individu dalam program ‘Nothing To Hide 2.0’ di Shah Alam, Selangor baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di Kota Bharu hari ini.

Takiyuddin yang juga Anggota Parlimen Kota Bharu berkata kekecohan pada program itu mungkin boleh dielakkan selain menyelesaikan banyak perkara lain jika Dr Mahathir mengadakan lawatan ke kampung Memali.

“Meskipun ia kes lama tetapi selagi ia tidak diselesaikan, walau berapa lama sekalipun, selagi itulah ia akan diperkatakan,” katanya.

Beliau berkata PAS sejak dahulu mencadangkan supaya kerajaan Persekutuan mewujudkan inkues berkaitan tragedi terbabit.

Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 Nov 1985 menyaksikan 18 orang termasuk empat anggota polis terbunuh dan ramai lagi cedera ketika polis melancarkan operasi menangkap guru agama, Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan nama Ibrahim Libya.

– Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s