‘Mahathir Terdesak Ajak Hindraf Sertai Pembangkang’

97b8dee3e1af1761b4858aab06f99ed7.jpg

Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu kumpulan hak asasi Hindraf untuk menarik kumpulan itu menyertai pakatan pembangkang sebagai terdesak.

Hishammuddin yang juga Menteri Pertahanan berkata langkah itu juga dilihat membelakangkan pimpinan lain Pakatan Harapan apabila ia dilakukan tanpa perbincangan dengan mereka terlebih dahulu.

“Nampak tidak ada kesepakatan di situ dan tindakan Tun (Dr Mahathir) ini mungkin satu tindakan terdesak kerana membelakangkan sendiri kepimpinan pakatan mereka… ini kerana nafsu, mungkin  pertimbangan peribadi dan emosi.

“Ini satu petanda apabila semakin dekat pilihan raya, saya lihat semakin terserlah keretakan pakatan antara mereka. Bukan mudah sebenarnya untuk mentadbir sebuah negara yang majmuk ini, nak tuding jari salahkan UMNO memang mudah.

“Ini belum tubuh kerajaan lagi, baharu sahaja nak menjelang pilihan raya (mereka) sudah tidak ada kesepakatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Paya Besar di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Paya Besar Datuk Seri Abdul Manan Ismail, Ketua Wanita UMNO Bahagian Datuk Seri Dr Siti Zaharah Sulaiman dan Ketua Pemuda UMNO bahagian Mohd Shahar Abdullah.

Hishammuddin berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bahawa tindakan Dr Mahathir mengajak Hindraf menyertai pembangkang tidak pernah dibincangkan sebelum ini oleh pimpinan tertinggi pakatan pembangkang.

Beliau berkata keadaan itu jelas menunjukkan gabungan pembangkang tiada kesepakatan dalam banyak perkara, dan jika perkara itu sekiranya mereka diberikan peluang menjadi kerajaan nanti, sudah tentu ia menjejaskan keamanan dan keharmonian negara.

“Saya harap rakyat dapat menilai sendiri, jangan kita gadaikan keamanan dan keharmonian… (parti) yang ada sebagai alternatif ini sebenarnya bukan pilihan baik,” katanya.

Sementara itu,Hishammuddin berkata pihaknya kini menjelajah ke 22 daripada 191 bahagian di seluruh negara bagi memberi penerangan kepada akar umbi tentang manual garis panduan pilihan raya 2014 untuk membantu kemenangan parti dan BN menerusi beberapa siri bengkel dan taklimat.

Manual itu, antara lain, mengandungi strategi untuk menawan hati pengundi termasuk golongan muda, tentera dan kakitangan kerajaan yang lain serta pembahagian tugas termasuk gerakan bersepadu menerusi Jalinan Rakyat (JR) oleh Wanita, Pemuda dan Puteri bagi memenangkan calon BN.

“Pergerakan kita kali ini berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-13 dan sasaran telah dikenal pasti. Pendekatan baharu telah pun kita terangkan di peringkat pemukiman UMNO dan BN serta mendapat restu daripada pengurusan Majlis Tertinggi dan UMNO Bahagian negeri.

“Sebab itu, saya berharap momentum yang saya lihat di bahagian-bahagian (UMNO) dapat diteruskan, hal yang berkaitan calon, hal yang berkaitan masalah dalam kita selesakan secara biasa. Ini kelebihan yang ada pada kita,” katanya.

Beliau turut berharap manual sama dapat disesuaikan oleh semua parti komponen kerana ada kawasan tertentu yang memerlukan kesungguhan dan semangat tinggi daripada parti komponen supaya kerajaan sedia ada dapat dikekalkan.

-Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s