Melayu Juga Yang Menjahanamkan Felda

Suami saya pernah menjadi seorang pegawai tinggi FELDA.

Tapi tempoh perkhidmatannya tidak lama, kerana setelah beberapa lama berkhidmat, dia menyatakan yang hatinya tidak tenang kerana beberapa perkara yang diketahuinya. Sejujurnya karakter Saif sememangnya tegas dan berintegriti, yang ada cuma hitam dan putih, betul dan salah, tiada diantara.

Suami kerap memberitahu saya, “ini semua duit peneroka..duit orang kampung..duit peneroka, macam mana orang boleh belanjakan sebegini..” pada satu ketika, saya lihat matanya berkaca mungkin kerana dia berasa tak terdaya lagi untuk membetulkan keadaan.. pernah dia berkata, “melayu yang menjatuhkan melayu.. islam tapi tak macam islam”.. 

Ditakdirkan Allah, satu hari ada dokumen telah diprint secara tak sengaja ditempatnya di pejabat.. dan melihat kepada angka-angka yang muncul entah dari mana untuk projeknya sendiri, dia terus pergi untuk mendapatkan penjelasan dari orang atasan. Sudah tentu Saif lebih mengetahui apa yang dibelanjakan untuk projek dibawah kawalannya..

Jelas pihak atasan tidak gembira dengan kelantangan Saif.. Bermula dari itu, dari mata seorang isteri, saya melihat seperti ada satu tekanan yang diletakkan padanya.. dari pejabat besar, diminta pindah ke pejabat kecil, dan kemudian lebih kecil.. tak lama kemudian ke bangunan yang terasing.. Saya jelas melihat dia terkesan dengan semua ini.. seperti hilang semangat.. 

Setelah berbulan-bulan dia mengadu belakang tengkuknya sakit, saya susah hati.. Saya tahu ianya adalah simptom darah tinggi dan besar kemungkinan disebabkan tekanan di tempat kerja.. Saya bimbang dengan kesihatannya.. bimbang suami tiba-tiba rebah dan ‘pergi’.. Jadi saya buat apa yang patut saya lakukan sebagai isteri..

Saya masih ingat, satu hari saya katakan pada suami, “sayang, berhentilah kerja.. u jangan risaukan duit, pangkat, tak perlu lagi meletakkan beban untuk membetulkan keadaan atas diri sendiri, tinggalkan je kerja, i kerja, insyaAllah kita akan ok.. kita ada satu sama lain, itu dah cukup.. berhenti saja..”

Dan itulah yang dilakukannya. Berhenti, tanpa ada apa apa tawaran lain.. 

Hakikatnya masa dan keadaan itu amat menguji kami berdua kerana tidak lama sebelum itu, kami baru saja membeli sebidang tanah dikawasan premium.. belum lagi dikira pinjaman perumahan masing-masing.. dia berumur 31 dan saya 27 tahun.. ada hari saya menangis pada kawan rapat menyatakan kerisauan.. dalam hati cuma Allah yang tahu.. nak mengadu pada keluarga jauh sekali kerana saya tak mahu membimbangkan hati mereka.. saya juga tidak mahu memberikan tekanan pada suami kerana saya tahu sebagai ketua keluarga yang sangat bertanggungjawab dia pasti lebih tertekan dari saya..

Saya tahu saya perlu jadi kekuatan suami.. Alhamdulillah masa sukar itu telahpun berlalu.. Pengalaman itu saya anggap berharga dan telah mendewasakan kami berdua.. Pengalaman itu menjadikan kami lebih matang, akan tetapi ianya telah mengubah terus persepsi suami terhadap bangsa Melayu..

Suami saya mendapat pendidikan awal di SJKC, seorang ketua pengawas berbangsa melayu di sekolah cina.. langsung tidak percaya kepada ‘label’ bangsa, dan sebelum itu dia kerap menerapkan bahawa bangsa kita tidak menentukan perilaku, tetapi setelah apa yg terjadi, jelas kehampaannya pada orang Melayu yang berpangkat dan berkuasa.. 

Melihat kepada penahanan Tan Sri Isa Samad oleh SPRM semalam, saya percaya lebih ramai yang perlu dibawa ke muka pengadilan.. Pegawai pegawai yang pergi LA untuk buka kedai supplement, yang asyik ke luar negara.. menghabiskan beratus juta tapi produknya hanya satu.. yang bayar consultant hantu.. yang membuat keputusan perniagaan secara tidak telus dan berhemah, dan pengakhirannya dikira sebagai ketirisan..

Mana semua pegawai itu hari ini? Saya kira ada yg telah didakwa ada yg belum.. sebolehnya saya mahu melihat mereka semua dalam baju warna oren serupa Tan Sri.. Kerana saya mahu mereka bertanggungjawab terhadap kerugian kerugian besar yang telah mereka sebabkan..

Kerana saya tidak boleh lupa wajah kehampaan Saif setiap kali dia menyatakan pada saya, “Sayang.. ini semua duit peneroka..” 

Sehingga kini, impian terbesar suami ialah untuk memulihkan FELDA.. padanya FELDA dapat diselamatkan dengan menaikkan anak anak FELDA sendiri yang ada rasa cinta dan setia pada asal usul mereka.. Semoga kesetiaan itu membendung salah laku dan penyelewengan.. Itu masih impian suami.. luahan saya ini tiada kaitan dengan politik, tapi sebaiknya orang politik tidak diharapkan untuk menjadi tunjang organisasi perniagaan.. Dapatkah FELDA diselamatkan? Kalau anda tanya kepada saya, jawapan saya, mungkin, cuma, apalah sahaja yang tinggal kini untuk diselamatkan setelah semuanya di isa samad kan..

FELDA, satu masa dulu si gergasi.. 

#FELDA

#justanotherbedtimestory

#tfmwrites

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s