Orang Ramai Membanjiri Stadium Bukit Jalil | Pembukaan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017

PENGANJURAN edisi ke-29 Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017) selepas kali terakhir Malaysia menjadi tuan rumah pada 2001, nyata mencetuskan rasa teruja rakyat Malaysia.

Majlis pembukaan rasmi hari ini, Stadium Nasional Bukit Jalil menjadi saksi sokongan rakyat berbilang kaum yang hadir memberi sokongan kepada kontinjen negara.

Penyokong negara yang bertanding juga hadir membawa bendera kebangsaan masing-masing.

Seawal 3 petang, orang ramai sudah berada di perkarangan stadium menjadikan suasana meriah meskipun pintu masuk belum di buka.

Mereka memanfaatkan masa yang ada untuk mengunjungi perkarangan stadium yang menjual pelbagai barangan, termasuk cenderamata.

Kawalan keselamatan juga pada tahap terbaik dengan bantuan anggota polis yang menggerakkan 8,000 anggota dan pegawai untuk Sukan SEA kali ini.

Hanya pada jam 5 petang, barulah penonton dibenarkan memasuki stadium secara berperingkat. Acara untuk majlis pembukaan bermula 8 malam.

Malaysia mensasar 111 pingat emas untuk muncul juara keseluruhan membabitkan 38 jenis sukan dan 398 acara.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s