‘Pegang Tangan, Rangkul Pinggang Tanda Ruhainies Selesa’ – Dato Red

KANTOIP.jpg

Siapa tidak kenal dengan Suami kepada penyanyi Adira, Datuk Seri Adnan Abu bukan? Dia bukan sahaja berani bercakap tentang berkahwin lagi di laman sosial, malah menyanyikan lagu P.Ramlee yang bertajuk ‘madu tiga’ lagi.

Ini mengundang gelak tawa netizen malah ada juga yang beranggapan bahawa Datuk Seri Adnan Abu seorang yang gatal hendak bernikah lagi satu. Tetapi itu tidak memberi apa-apa tekanan kepada beliau.

Beliau baru-baru ini mengaku keluar bersama aktres muda, Ruhainies, dan intim seperti dipaparkan dalam video yang tersebar di laman sosial, semalam.

Adnan berkata, walaupun sedar risiko bakal dihadapi, namun beliau cukup senang dengan kehadiran Ruhainies, malah sedia menjadikan aktres itu sebagai isteri ketiga jika ditakdirkan jodoh bersama.

“Saya dan Ruhainies tidak ada apa-apa hubungan. Tetapi saya akui sukakan dia. Apabila saya merangkul pinggang dan kami berpegangan tangan, saya anggap dia juga mempunyai perasaan sama. Nak buat macam mana, tangan saya seperti ‘automatik’ pula.

“Ini namanya saya sendiri yang mencari ‘bala’. Tetapi, saya berasakan kisah ini seperti dalam cerita P Ramlee (Madu Tiga) versi zaman sekarang pula,” katanya kepada BH Online.

KELIBAT Datuk Seri Adnan Abu dirakamkan di sebuah pusat membeli-belah semalam. Mereka kelihatan mesra ketika berjalan berdua di pusat beli-belah terkemuka di ibu kota, Pavilion.

Dalam rakaman berkenaan, Adnan turut dilihat merangkul pinggang Ruhainies ketika menaiki tangga bergerak selain kedua-duanya berpegangan tangan di luar premis itu.

Ditanya adakah Adira dan isteri pertamanya yang dikenali sebagai Datin Red menyedari mengenai perkara itu, kata Adnan, hanya isteri pertamanya yang belum mengetahuinya.

“Saya seorang yang jujur dan akan meminta izin kepada isteri-isteri jika mahu berkahwin lagi. Lagipun bukannya saya buat perkara yang tidak elok.

“Cuma dalam hal ini, Adira sudah mengetahui tentang hal ini kerana beberapa wartawan sudah menghubunginya. Cuma Datin Red yang belum tahu. Risau juga apa reaksinya,” ujar Adnan.

Sementara itu, Ruhainies menerusi sebuah portal tempatan menyatakan beliau diperangkap oleh Adnan dan video yang disebarkan itu dianggap sebagai taktik lelaki terbabit mengenakannya.

Dikatakan, dahulunya Adnan dan Ruhainies pernah bekerjasama bagi menjayakan sebuah video promosi raya untuk syarikat beliau. Adnan yang juga ahli perniagaan menjadikan penyanyi itu sebagai isteri kedua pada 3 Disember 2015 di Songkhla, Thailand. Isu Adnan dan Adira berkahwin turut mendapat kejutan ramai kerana ia dilangsungkan secara rahsia dan agak tergesa-gesa.

Jika mahu dibincangkan tentang cerita P.Ramlee filem madu tiga tersebut, filem itu dilakonkan adalah untuk pengajaran masyarakat tentang berkahwin lebih dari satu. Ini kerana ramai lelaki yang hanya tahu kahwin sahaja, namun tidak tahu dengan tanggugjawab.

Jika benar Datuk Seri Adnan Abu mahu berkahwin lagi, pastikan dato mampu berlaku adil ya!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s