Siti Sarah Nafi Dakwaan Potong Usus Untuk Kurus

Screen-Shot-2017-08-19-at-3.12.53-PM-620x372.png

Kalau lihat kepada bentuk badan Siti Sarah memang bak anak dara, ramping dan cantik walaupun beranak tiga. Tetapi baru-baru ini ada dakwaan mengatakan beliau membuat pembedahan potong usus untuk kelihatan kurus. Berang dengan fitnah itu, Sarah menafikan sekerasnya dan menjelaskan beliau menggunakan produknya sendiri untuk kurus.

 

ARTIKEL BERKAITAN : Peminat Goda Shuib Depan Mata Siti Sarah

Screen-Shot-2017-08-19-at-3.17.33-PM-590x336.png

“Subhanallah bilalah orang melayu nak berjaya. Bila produk saya laris dipasaran macam-macam tomahan saya dapat. Kali ni saya tak boleh berdiam diri. Biadap sungguh orang yang fitnah saya. Kenapa perlu saya potong usus untuk menipu orang? Saya dapat turunkan berat badan saya dengan mengamalkan produk saya sendiri”

“Dan banyak orang yang berjaya turunkan berat badan dengan produk saya! Jangan tipu orang hanya kerana awak nak jual barang awak. Awak fitnah saya. Kalau tak kat sini awak dapat balasan kat sana awak jawab,” tulisnya menerusi Instagram mengenai dakwaan membuat pembedahan untuk jadi kurus.

Difahamkan berita tersebut tersebar berikutan sebuah artikel yang ditulis media tempatan mengenai Sarah yang sebenarnya melakukan pembedahan potong usus untuk tampil kurus dan bukan menggunakan produk yang dijualnya. Dakwaan itu turut mendapat respon dari suami, Shuib Sepahtu yang kecewa dengan fitnah yang dilemparkan.

Luahan Sarah di Instagram membuatkan ramai membanjiri ruangan komen penyanyi itu dengan rasa simpati terhadap kejadian yang menimpa. Tidak kurang juga yang turut sama marah dengan sikap orang Melayu yang suka dengki dengan kejayaan orang lain. Apapun diharap Sarah sabar dengan dugaan ini, biasalah tidak semua orang suka bila kita berjaya.

Sumber Rotikaya

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s