Zulkifli Pernah Bantah Isa Samad Isu Penyenaraian FGV

20914297_1551560841577179_3936583105900419358_n.jpg

Zulkifli membantah usaha Pengerusi Felda,Tan Sri Isa Samad berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia .[6] Keputusan melantik Isa Samad sebagai pengerusi Koperasi Permodalan Felda Berhad (KPF) pada 25 Ogos 2011, tidak dihadiri Zulkifli. Mazlan Aliman mendakwa pelantikan Isa Samad bertentangan dengan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

Kuasa FGHV sangat besar sehingga memberi kesan kepada peneroka Felda. FGHV berkuasa terhadap pajakan tanah Felda seluas lebih 360,000 hektar dan juga hak mutlak ke atas tanaman, hasil jual beli dan juga insentif kerajaan.

Pada 13 Disember 2011, sebuah NGO ,
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) dipimpin oleh Mazlan Aliman mengadakan demo di ibu pejabat Felda,Jalan Gurney, Kuala Lumpur.Seramai 50 peneroka Felda bersama ANAK menentang penyingkiran Zulkifli Abdul Wahab dari jawatannya sebagai Pengarah Besar Felda.

Pada 15 Disember 2011, Perkasa mengadakan demo, berarak dari Anjung Felda ke Balai Felda disertai 1000 penyokongnya. Demo ini sebagai reaksi balas demo yang dianjurkan oleh ANAK sebelum ini . Timbalan presiden PERKASA, Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kesal kerana surat rahsia daripada PM kepada Datuk Zulkifli Abdul Wahab dibocorkan.

Mereka melaungkan slogan “hidup Felda”, “hancur anak” dan “hancur PAS,” kumpulan berkenaan turut membawa kain rentang dengan slogan “kami tolak anasir luar” dan juga “PAS penipu warga Felda.”Turut serta ialah peserta Felda, Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM), anggota Umno dan juga satu NGO pro-Melayu yang berpengkalan di Seremban, Gabungan Memartabat Pemimpin Negara @GAMPANG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s