Laporan Siasatan FGV Akhir Bulan Ini

dc615568e57afac55371dcb5cd79d7e7

Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) dijangka menerima laporan daripada panel siasatan dalaman ke atas empat orang bekas ahli lembaga pengarahnya pada penghujung bulan ini, kata Pemangku Pengerusi FGV, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.

Bercakap kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ketika menghantar seramai 76 jemaah haji yang diuruskan Felda Travel hari ini, beliau berkata lembaga pengarah FGV akan membuat keputusan berdasarkan penemuan dan laporan panel siasatan.

“Sama ada (empat orang yang disiasat) bersalah atau tidak, kita buat keputusan (selepas terima laporan panel siasatan).

“Lembaga pengarah akan fikir apa tindakan selanjutnya. Ini siasatan dalaman jadi ia adalah hak mutlak lembaga pengarah,” katanya lagi.

8544b2d6394da1c2a508c1bf6b0c9178.jpeg

Tambah Sulaiman, pada masa ini tiga daripada empat bekas ahli lembaga pengarah sudah selesai disoal dan hanya berbaki seorang lagi.

Siasatan ke atas setiap seorang bekas ahli lembaga pengarah mengambil masa seminggu.

“Proses siasatan ini masih berterusan dan setakat ini semua yang terlibat bekerjasama yang baik kepada ahli panel.

“Panel siasatan berkenaan yang dianggotai oleh tiga ahli adalah bebas kerana mereka tidak terlibat dalam keputusan untuk mengambil tindakan,” katanya.

Laporan sebelum ini menyebut empat orang yang disiasat ialah bekas presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan FGV Datuk Zakaria Arshad, bekas ketua pegawai kewangan kumpulan Ahmad Tifli Mohd Talha serta dua lagi pegawai pengurusan kanan.

FGV dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia sebelum ini berkata, lembaga pengarah FGV memutuskan untuk merujuk Zakaria dan Ahmad Tifli kepada panel siasatan dalaman selepas menilai dan menimbang surat tunjuk sebab mereka berhubung isu berkaitan dengan hutang tertunggak Safitex Trading LLC kepada anak syarikat FGV, Delima Oil Products Sdn Bhd.

 

-Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s