Hafiz Hamidun Failkan Pembatalan Perkahwinan Dengan Joy Revfa

Pagi ini, media sosial diberitakan bahawa Joy Revfa atau  nama sebenarnya Siti Arifah Amin, 30, akan ke di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari. Turut menemani Joy ialah ibu, kakak serta adik lelakinya.

Hafiz Hamidun, 33, juga dilihat hadir ke mahkamah dengan membawa borang. Setelah selesai urusan di mahkamah, Joy telah membuat kenyataan pada pihak media bahawa:-

1) Hafiz Hamidun telah memfailkan pembatalan perkahwinan mereka
2) Dakwaan kakak Joy bahawa mereka duduk sebumbung hanya enam hari ialah benar, pada 23 Mei selepas berbulan madu dan menjalani penggambaran untuk rancangan Romantika di Taipei, Hafiz Hamidun datang ke rumah mereka dan mengatakan perkahwinan mereka adalah tidak sah.
3) Hafiz didakwa berkata begitu kerana urusan perceraian Joy bersama bekas suaminya masih belum jelas, sama ada mereka sebenarnya telah bercerai. Bagaimanapun Joy mendakwa semua telah diselesaikan kerana permintaan Hafiz yang mahukan perkahwinan mereka berlangsung segera

Menurut Joy segalanya telah selesai kerana Hafiz mahukan perkahwinan mereka dilaksanakan secepat yang mungkin. Tambah beliau, hanya Hakim Syarie yang mempunyai kuasa untuk mengesahkan dan membatalkan satu perkahwinan.

Dan hari ini Joy hadir ke mahkamah bagi pengesahan perkahwinannya dengan Hafiz kerana ingin menuntut hak sebagai seorang isteri dan wanita. Joy juga masih ingin menyelamatkan perkahwinannya dengan Hafiz yang baru berusia tiga bulan.

Itu ialah antara intipati dari sidang media yang berlangsung sebentar tadi

Sumber Beautifulnara

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s