Kanak Kanak Maut Tercekik Biji Buah Mata Kucing


Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun maut selepas tercekik biji buah mata kucing ketika menikmati buah tersebut di Kuarters Pusat Rawatan dan Pemulihan (CCRC) Kandis, Bachok semalam.

Mangsa, Aina Fariha Mohd. Fadzil meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Bachok kira-kira pukul 7 petang.

Bapanya, Mohd. Fadzil Mohamad, 36, berkata, anaknya yang dalam keadaan lemas selepas tercekik buah berkenaan sempat meminta tolong kepadanya.

Katanya, dia cuba memberi bantuan dengan menepuk belakang dan pelbagai kaedah lain untuk mengeluarkan biji buah tersebut, namun gagal.

“Aina datang meminta izin kepada saya untuk makan sebiji lagi buah mata kucing. Sebelum itu, Aina telah makan banyak buah tersebut kerana dia begitu suka menikmati buah berkenaan.

“Selepas mengambil buah berkenaan, Aina naik ke atas rumah sebelum turun semula dan datang kepada saya dalam keadaan sudah tercekik. Saya telah cuba membantu dengan pelbagai cara untuk menyelamatkanya.

“Kemudian saya bawa Aina ke klinik dalam keadaan sudah tidak sedarkan diri. Di klinik doktor memberi bantuan pernafasan dan mengesahkan anak saya sudah meninggal dunia,” katanya ditemui selepas pengkebumian anaknya di Tanah Perkuburan Islam Tok Jawa Teratak Pulai, Jelawat hari ini. – 21 Ogos 2017.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s