Mampukah Ratusan Juta Duit Felda Dikembalikan?

ULASAN l Kami warga Felda melihat perkembangan penahanan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad pada hari ini sebagai ibarat kata ‘nasi sudah menjadi bubur’.

Selama hampir tujuh tahun, kami di kalangan aktivis keluar masuk tanah rancangan di hampir seluruh negara sejak dari perlantikan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sebagai pengerusi Felda pada Januari 2011.

Perbagai rintangan dan kesan negatif kami terpaksa pikul kerana warga Felda seolah sangat teruja dengan perlantikan Tan Sri Isa Samad

3438183c97e90daafbda2cbb555de704

Umno dan kerajaan menggunakan segala sumber mereka menyakinkan warga Felda cadangan penyenaraian Felda ke Bursa Malaysia akan mengubah kehidupan warga Felda kepada golongan yang berpendapatan tinggi seperti mereka di negara maju.

Laungan ini masih terngiang di telinga kami apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri yang melaungkanya pada awal tahun 2012.

Agenda penyenaraian Felda melalui FGV menjadi agenda utama perlantikan Mohd Isa sebagai pengerusi Felda. Tahun pertama Isa telah menyejuk-bekukan 37 pegawai kanan Felda yang tidak setuju atau memberi pendapat berbeza dengan kehendak ini.

2012 menyaksikan FGV disenaraikan dan Koperasi Permodalan Felda (KPF) disingkirkan dari Felda Holding setahun kemudian.

Sejarah hitam

KPF yang menguasai 51 peratus ekuiti dalam Felda Holdings Berhad ( FHB ) ditendang keluar dari Felda apabila perwakilan dari kalangan peneroka bersetuju menyerahkan 112,199,999 saham kepada Felda Global Venture Holdings Berhad (FGVH) dengan kaedah mengangkat tangan tanpa melalui penerangan dan taklimat khas berkaitan.

Sejarah hitam ini berlaku pada 27 Oktober 2013 jam 10 pagi di Dewan Banquet Menara Felda.

Penyingkiran KPF dari menguasai FHB dengan 51 peratus pegangang saham yang sebelum ini menjadi kebanggaan peneroka selama ini mengejutkan peneroka setahun selepas itu apabila bonus dan dividen yang sebelum ini 17 peratus dibayar kepada mereka turun mendadak selepas itu.

2884583bef3c0d69368684ae999c7a62.jpeg

Sehingga beberapa tahun hanya 10 peratus sahaja dibayar. FGV telah mengambil alih semua kepentingan 112,199,999 unit saham bersamaan 51 peratus dengan nilai yang sangat tidak munasabah iaitu RM2.2 bilion ataupun RM19.61sesaham.

Peneroka yang hanya diberi pemilikan 800 unit saham FGV yang bernilai RM3560 disyaratkan membuat pinjaman bank untuk membiayai saham ini. Dengan jaminan pegangan hanya setahun sahaja peneroka dijanjikan pulangan yang membolehkan mereka menjadi kaya-raya selepas itu.

Setelah beberapa tahun saham FGV gagal menyerlah dan terpaksa dikeluarkan dari senarai papan utama kerana kejatuahan melepasi had untuk kekal di papan utama bursa.

Apabila nilai pinjaman tidak mampu ditebus atau dilangsaikan dengan nilai semasa saham, pihak kerajaan telah mengambil alih pinjaman ini daripada bank untuk meredakan kemarahan peneroka Felda.

Pengambilalihan ini bukan percuma, peneroka terpaksa memotong pendapatan mereka selama 60 bulan dengan kadar RM50 sebulan.

Pengahapusan hutang

Bila hampir dengan piliha raya, semasa Sambutan Hari Peneroka di Putrajaya baru-baru ini, perdana menteri menawarkan inisiatif antaranya penghapusan hutang pinjaman saham ini dan beberapa inisiatif lagi sebagai halangan undi peneroka tidak terarah kepada pembangkang sebagai protes tidak puas hati prestasi dan isu membarah terhadap Felda dan FGV.

Tindakan-tindakan lain seperti penjualan aset di luar negara juga menjadi peristiwa tragis bagi Felda dan FGV.

8544b2d6394da1c2a508c1bf6b0c9178

FGV kemudian menjual keseluruhan kepentingannya dalam Twin Rivers Technologies Enterprises de Transformation de Granines Oleagineuses du Quebec Inc (TRT- ETGO) dengan nilai AS$180 juta atau RM608.2 juta, isu ini terus menjadi tanya rakyat Malaysia kerana pihak FGV tidak pernah menjelaskan kedudukan keuntungan yang didakwanya mencecah RM65 juta.

Sebaliknya ada sumber menggatakan operasinya mengalami kerugian mencecah RM800 juta.

Pada awal julai 2015 lalu, FGV seperti mana dilaporkan Bloomberg dijangka memperolehi lebih RM1 bilion selepas berjaya menjual kilang TRT -ETGO yang telah menarik minat pembida pada harga AS$180 juta (RM686 juta ) hingga AS$250 juta (RM953 juta).

Hanya sebulan selepas laporan Bloomberg, FGV telah melaporkan penjualan TRT – ETGO ini dengan harga RM608.2 juta kepada Viterra Inc, pengendali dan pemasar bijirin dan minyak terkemuka Kanada.

Pada Ogos 2015, Presiden dan Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Mohd Emir Mavani mengesahkan bahawa perbincangan dengan lima syarikat antarabangsa untuk membida TRT-ETGO masih berjalan. Hanya jarak waktu 14 hari , FGV telah mengumumkan penjualan ini.

RM47.6 juta lesap

Apa yang peliknya, penjualan ini dijual dibawah harga pembida seperti laporan Bloomberg. Sedangkan ada pembida berminat dengan harga hampir RM1 bilion. Ini diantara contoh penjualan aset yang rugi tetapi didakwa untung.

Ada sumber lain mengatakan kos pelaburan TRT ini mencecah RM1.2 bilion.

Sudah banyak isu berkaitan Felda, FGV dan FIC yang kami dedahkan dan catatkan yang menjadi kenyataan selepas beberapa tahun.

Isu Projek Ikan Sturgeon yang bernilai RM135juta dinamakan Projek Felda Carviartive Blue Dream Park terletak di Kuala Tahan, Jerantut Pahang. Projek yang menggunakan teknologi Korea Selatan ini didakwa mampu menghasilkan 30 metrik tan karvia setahun dan menjana pulangan RM360 juta setahun.

Harga semasa telur ikan ini mencecah RM12,000 sekilogram. Laporan ketua juru audit negara mengesahkan RM47.6 juta lesap tanpa dapat dikesan.

Bekas seorang pengurus besar Felda telah didakwa oleh SPRM ( kes masih berjalan ). Kes ini hanya melibatkan kakitangan Felda, Mohd Isa masih meloloskan diri dan berjaya kekal sehinggalah bermacam masalah timbul.

Peneroka bangkit membuat desakan agar sesuatu tindakan drastik diambil dan selepas itu menyaksikan Mohd Isa ‘ditendang’ dari Felda pada 2016.

Najib selamatkan kita

Tidak beberapa bulan selepas itu pada Jun 2017 Mohd Isa telah disingkirkan dari FGV pula kerana Najib terpaksa mengambil tindakan ini bila kemarahan rakyat Malaysia kemuncak.

Pelbagai pihak, NGO dan warga Felda dilihat ke hadapan dan tanpa segan mengungut akan tidak menyokong Barisan Nasional lagi di PRU ke 14 nanti. Tindakan ini juga dilihat satu tindakan politik perdana menteri.

7b2c42cade4e27c9bfc665bf7ab95e15.jpeg

Peneroka Felda yang sebahagian besarnya warga emas, sangat mudah terpedaya dengan langkah-langkah selamat dari perdana menteri. Bukan cakap dan janji kosong, peneroka Felda ditawarkan tunai RM5000 untuk mereka pada akhir bulan Ogos ini.

Sepantas kilat bertahun, berbilion ringgit duit Felda dan FGV dijolikan, mereka lupakan.

Mereka sudah boleh bercakap-cakap sesama mereka, yang jahat Mohd Isa, yang kianat Mohd Isa, sekarang Mohd Isa sudah dipecat. Mohd Isa sudah ditahan.

Sekarang Najib dah pulihkan Felda, Najib sayang Felda, Najib tidak kianat. Najib selamatkan kita.

Sudah tentu tindakan licik perdana menteri ini akan terus memastikan undi Felda di 54 parlimen akan kekal dan memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional jika tiada usaha bersepadu dan penerangan secara holistik penyelewengan skandal Felda dan FGV kepada pengundi Felda dalam masa terdekat.

Mereka sudah tidak kisah duit berbilion ringgit yang hilang.


NARAZA MUDA adalah Pegawai Khas Seranta Felda PAS Terengganu.

Sumber Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s