Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Ferrari

ferrari4_cropped_1503834912

LELAKI maut apabila motosikal ditunggang berlanggar dengan kereta model Ferrari F430 di Kilometer 27.4 Lebuh raya Karak berdekatan Plaza Tol Gombak, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dalam kejadian jam 9.40 pagi itu mangsa, T Desmond Daniel, 29, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila kereta dipandu lelaki berusia 47 tahun hilang kawalan ketika dalam perjalanan dari Genting Highlands menghala ke Ampang.

“Kereta berkenaan dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan dan terlanggar besi penghadang jalan sebelah kiri serta merempuh motosikal model Honda EX5 yang dinaiki mangsa yang berada di hadapannya.

“Akibat kemalangan itu penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian. Manakala pemandu kereta pula cedera dan mereka dihantar ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan serta bedah siasat,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s