Mengapa Kos Sesebuah Motosikal MotoGP Boleh Mencecah Sehingga RM8 Juta, Ini Sebabnya

Bagi pusingan perlumbaan MotoGP di Malaysia, peminat pasti boleh sahaja tengok secara langsung di Litar Sepang, namun jika pusingan perlumbaan MotoGP di luar negara, anda tidak perlu risau kerana HyppTV menjanjikan siaran lintas langsung di FOX Sports.

Kepada mereka yang ingin merasai kehangatan MotoGP seperti berada di litar, jangan khuatir kerana perlumbaan akan dibawakan dengan sangat jelas dalam format HD di siaran FOX Sports HD di HyppTV. Penonton boleh menikmati perincian yang tinggi dan berkualiti setiap kali aksi-aksi hebat yang bakal ditampilkan oleh para pelumba.

Layari https://www.tm.com.my/hypptv untuk info lanjut.

Dalam pada itu, peminat juga boleh menguji pengetahuan mereka tentang MotoGP menerusi peraduan Tonton dan Menang yang dianjurkan menerusi kolaborasi HyppTV dan FOX Sports. Di hujung peraduan, finalis akan berpeluang untuk memenangi hadiah utama iaitu tiket ke pusingan akhir MotoGP di Spain!
Untuk peluang menang, anda hanya perlu menonton perlumbaan MotoGP sambil meneka pemenang untuk pusingan tersebut, menjawab 2 soalan trivia dan reka slogan yang paling kreatif. Jom layari www.tm.com.my/themotochaser dan daftar untuk peraduan ini.

Dalam keasyikan menyaksikan kegagahan jentera-jentera MotoGP bersaing, tahukah anda kos jentera-jentera yang digunakan dalam perlumbaan itu boleh mencecah sehingga RM8 juta? Ingin tahu sebab apa? Butirannya seperti berikut:
Dihasilkan Menggunakan Tangan

Motosikal-motosikal dalam perlumbaan ini semuanya satu-satunya ‘jenis prototaip’ yang dicipta dengan menggunakan teknologi terkini yang ada dalam industri motosikal.

Seorang pakar dalam MotoGP berkata setiap motosikal adalah buatan tangan dan setiap enjin dicipta secara individu. Enjin motosikal MotoGP dicipta untuk memberi prestasi memuncak dan tahan lasak dalam sebanyak perlumbaan yang mungkin.

Bahagian yang rare

Barangan-barangan untuk membuat sebuah motosikal MotoGP tidak boleh didapati di kedai-kedai motosikal tepi jalan. Setiap bahagian yang dipasang sangat terhad dan kebanyakannya dibuat secara custom.

Sebagai contoh, apabila sebuah motosikal CBR1000RR dicipta, beribu-ribu bahagian seperti cip kawalan tujahan elektronik  dan penyerap hentakan boleh laras akan dihasilkan, jadi harga setiap barangan itu sangat mahal. Malah, enjin yang memacu motosikal MotoGP pasukan Repsol Honda sahaja sudah memakan kos sebanyak $220,000 (~RM1 juta).

Material yang mahal


Bagi memastikan jentera yang dinaiki kekal ringan tapi kukuh, banyak material yang eksotik dan mahal seperti titanium, magnesium dan gentian karbon digunakan, dari pembikinan enjin, ke casis hinggalah ke bahagian-bahagian penutupnya.

Teknologi

Salah satu penyebab mengapa kos sesebuah motosikal MotoGP boleh mencecah RM8 juta adalah disebabkan oleh teknologi. Selain teknologi untuk prestasi, motosikal MotoGP turut dilengkapi dengan pelbagai sensor bagi tujuan analisis data. Menurut pakar, motosikal-motosikal itu mempunyai dari 30 ke 40 sensor untuk mengumpul data-data seperti data suspension, brek, haba ekzos, sudut kemudi dan lain-lain. Apabila motosikal itu selesai sesebuah perlumbaan atau ujian, kesemua data itu akan dimuat turun dan dianalisis.
Pakai dan Haus

Satu lagi penyebab kos motosikal ini mahal adalah kerana ‘pakai dan haus’. Setiap komponen yang digunakan ketika perlumbaan hanya mampu bertahan beberapa jam sahaja. Malah, bagi setiap jenis jalan juga mempunyai komponen tayar yang berlainan jenisnya.

RM8 juta itu pun tidak lagi termasuk kos penyelidikan dan pembangunan. Jika memasukkan sekali kos itu, harganya pasti akan menjadi lebih mahal.

Bagi yang terlepas untuk menonton perlumbaan-perlumbaan MotoGP pada musim 2017 ini, anda mungkin terlepas satu nama penting yang sedang meningkat naik pada ketika ini iaitu pelumba baru untuk pasukan Yamaha, Maverick Vinales.

Bekas juara Moto3 yang berasal dari Sepanyol itu membuat kejutan apabila memenangi beberapa perlumbaan MotoGP pada musim ini. Ya, musim 2017 adalah musim yang sangat mengujakan!

Jangan lepaskan detik-detik emas bagi MotoGP pada tahun ini. Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, layari www.tm.com.my/themotochaser.

#HyppTV

#TheMotoChaser

#MotoGP

#FOXSports

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s