Fathia Latiff Akhirnya Mengaku Tetapi Menipu Mengatakan Tidak Ada Lelaki Dalam Rumah

AKHIRNYA pelakon Fathia Latiff mengaku dia adalah wanita yang berpakaian seksi dan menari bersama pelakon Natasha Elyzza dalam video Bigo Live yang menjadi bualan hangat di laman sosial sejak Jumaat lalu.

Fathia atau nama sebenarnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, turut memohon maaf kerana dengan sengaja menunjukkan contoh yang tidak baik menerusi laman sosial berkenaan.

“Saya maaf dengan tidak sengaja menunjukkan contoh buruk kepada orang ramai. Saya tidak sedar. Video itu bocor. Saya minta maaf. Semoga Tuhan mengampuni dosa-dosaku,” katanya.

Permohonaan maaf itu dikongsi Fathia menerusi laman Instagram miliknya pada malam Selasa.

Dia juga turut membela Natasha Elyzza yang menjadi punca merakamkan imej itu dengan berkata wanita tersebut tidak bersalah kerana masih dalam proses memperbaiki diri.

Dalam pada itu menerusi laporan sebuah portal berita pada Selasa, Fathia memberitahu sesi menari tersebut hanya di antara dia dan beberapa orang rakan wanitanya ketika mereka menyewa sebuah villa.

Fathia berkata video tersebut dirakam bukan untuk dipertontonkan kepada umum.

“Itu adalah saya. Ketika itu saya dan beberapa rakan berada di villa yang disewa.

“Sesi menari itu hanya di antara saya dan rakan-rakan perempuan dan kami menari di dalam bilik mandi,” katanya.

Menurut Fathia lagi, dia berasa malu dengan apa yang terjadi. Malah dia tidak menyedari video mereka dirakam menerusi aplikasi Bigo Live juga boleh diakses oleh orang ramai.

“Sudah tentu saya berasa malu dengan apa yang telah berlaku. Siapa yang mindanya masih waras mahu menunjukkan sebahagian tubuh badannya kepada seluruh dunia?

“Saya tidak pernah mendengar aplikasi itu sebelum ini,” ujarnya.

Fathia antara lain berkata dia masih belajar mengenai Islam termasuklah untuk mengenal Tuhan.

Dia juga cuba bersikap jujur dengan peminatnya selain merayu agar dia tidak terus difitnah.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s