‘Terima Kasih Rakyat Malaysia’ – Sumbangan Cecah RM 1 Juta Selepas 5 Hari

Pusat tahfiz yang terlibat dalam tragedi kebakaran asrama yang mengorbankan 23 nyawa baru-baru ini mendapat sumbangan mencecah RM 1 juta hasil sumbangan dari pelbagai pihak.


Harian Metro melaporkan, sumber pengurusan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah berkata jumlah sumbangan yang disampaikan oleh orang persendirian, agensi kerajaan, swasta dan kumpulan individu itu mencecah RM1 juta selepas lima hari.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang menyumbang dan prihatin atas tragedi yang berlaku ini.

Ini jelas membuktikan rakyat Malaysia prihatin dengan tragedi kebakaran yang berlaku pada Khamis lalu yang mengorbankan 23 nyawa.

Malah, ia juga sebagai satu petunjuk yang masyarakat masih meletakkan kepercayaan kepada institusi tahfiz di negara ini,” katanya sebagaimana lapor portal berkenaan.

Difahamkan, sumbangan tersebut akan digunakan untuk pengurusan tahfiz berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s