Jangan Terus Percaya Kawan, Pastikan Tiada Kamera Bila Berseronok – Fathia Latiff

Untitled.png

Terbaru, Fathia telah bersiaran di Instagram secara langsung dan menerangkan mengapa dia membuat pengakuan bahawa wanita yang menari seksi sehingga menampakkan sebahagian payudara itu ialah dirinya. Ujarnya:

Saya tak sedar. Kalau kita dengan kawan-kawan perempuan, kitakan buat video peribadi, yang hanya disimpan sesama sendiri. Tapi itulah, perkara dah terjadi.

Ditanya oleh peminatnya sama ada dia telah bertaubat, Fathia berkata:

Ia antara saya dan tuhan. Sama ada saya bertaubat atau tak taubat antara saya dengan tuhan. Saya tak perlu beritahu satu dunia saya dah bertaubat atau tidak. Biarkan perkara lepas itu berlalu.

Tetapi saya rasa dah buat keputusan yang betul dengan mengaku yang memang saya yang ada dalam video itu. Saya tak mahu berbohong.

Saya tak mahu berbohong kerana ini realiti dunia, yang kita berbuat silap.

Fathia mengambil pengajaran yang dia tidak sepatutnya terus mempercayai rakannya dan memastikan tiada kamera ketika berseronok dengan kawan-kawan perempuan:

Ia tak baik kerana video itu terkeluar dan ia menunjukkan contoh yang tidak baik kepada orang yang lebih muda dari saya. Tapi sebenarnya kalau kita ambil secara positif, kita boleh berseronok dengan kawan tetapi pastikan jangan terus percaya kawan kita, pastikan tiada kamera dan sebagainya.

Itulah yang saya pelajari dari kesilapan saya.

Diminta supaya belajar menutup aurat dengan betul selepas ini, Fathia berkata:

Bukan hanya aurat sahaja. Ada perkara lain yang juga penting seperti berbuat baik kepada orang lain dan juga berbuat baik kepada haiwan. Bagaimana anda melayan orang lain, bukan saja hanya aurat.

Aurat ialah sebahagian dari apa yang kita belajar dalam Islam. Tetapi ada perkara lain yang kita perlu belajar. Bukannya bila anda tutup kepala anda, anda boleh lakukan apa saja yang anda mahu contohnya kecam orang lain, atau menyumpah orang lain. Itu pun salah juga, kan?:

Fathia juga menganggap seperti mana orang lain menghadapi dugaan, kontroversi di Bigo Live ini juga satu dugaan yang perlu dihadapnya.

Video tersebut boleh ditonton di bawah:

Terdapat komen peminat yang bertanya mengapa Fathia bersiaran langsung dengan kepala hanya ditutup penutup jaket dan menampakkan leher, tetapi Fathia tidak menjawab persoalan tersebut.

Apa pun, kita harapkan Fathia telah belajar dari kesilapannya. Kalau dengan kawan perempuan sekalipun rasanya masih ada adab perlu dijaga oleh seorang wanita berhijab dan ia bukan perkara normal untuk menari seksi sehingga menampakkan payudara walaupun di kalangan perempuan. Rasanyalah. – beauifulnara.com

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s