“Kami Seronok Tinggal Di Sini, Cuma Malam Kena Berjaga-Jaga Takut Ada Babi Atau Ular,” Kisah 5 Beranak Tinggal Atas Pokok

21752234_1186765518133625_7433536846573238343_n.jpg

KUALA NERANG, 20 Sept – Lima beranak di Kampung Kuala Tualak, di sini bakal menerima bantuan rumah selepas hanya tinggal dalam sebuah pondok daif yang tidak berdinding dan berpintu dengan hanya berlantaikan buluh dalam kawasan hutan kebun getah.

Berita gembira itu disampaikan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Kuala Nerang merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga negeri Datuk Badrol Hisham Hashim selepas mengunjungi keluarga itu di pondok mereka.

Pasangan muda itu, Mohd Ridzuan Yaakob, 26, dan isterinya, Nur Hidayah Roslizam, 23, yang sedang hamil enam bulan, serta tiga anak mereka berusia setahun  setengah hingga enam tahun tinggal di pondok itu hampir setahun yang lalu.

21617756_1186765564800287_3034167292199319578_n.jpg

Nur Hidayah yang berasal dari Pulau Pinang itu berkata dia mengambil keputusan mengikut suaminya, dari Kampung Baru Tualak di sini, tinggal dalam pondok itu untuk memudahkan suaminya yang bekerja kampung mencari rezeki di kawasan hutan itu.

“Sebelum ini saya tinggal dengan mak mertua tetapi terpaksa pindah sebab  adik-beradik suami pun duduk sekali dengan mak. Kemudian kami menyewa di luar, itu pun tidak sampai sebulan, kami ambil keputusan duduk di sini (kebun getah).

“Suami memang setiap hari akan keluar masuk hutan kawasan kebun getah ini untuk mencari rezeki. Suami saya buat pelbagai kerja kampung seperti menoreh getah dan mencari petai dan dapatlah sebulan antara RM600 dan RM700,” katanya kepada pemberita di pondoknya itu sempena kunjungan Badrol Hisham tersebut.

21752216_1186765541466956_705193763781554820_n.jpg

Pondok itu bertiangkan kayu yang tidak kukuh serta beralaskan bumbung plastik dan ia dibina di bawah cerun bukit dengan anggaran kedalaman kira-kira 20 meter. Keluarga itu menggunakan tangga kayu untuk turun naik ke atas bukit itu untuk keluar ke jalan utama. Jarak dari kawasan pondok itu ke jalan utama kira-kira tiga kilometer.

Suri rumah itu berkata mereka menggunakan generator untuk menjana elektrik manakala bekalan air bagi kegunaan harian untuk membasuh serta memasak diperoleh dari telaga berhampiran.

Saya seronok tinggal di sini dan bersyukur dengan keadaan ini. Bagi saya tidak ada masalah apa. Waktu malam tidur pun tidak ada nyamuk tetapi kami kena berjaga-jaga dengan babi dan ular. Cuma saya harap tempat tinggal saya ini dapat diperbaiki lagi agar berdinding untuk lebih selesa,” katanya.

21687660_1186765584800285_5912842920659711203_n.jpg

Bagi Mohd Ridzuan, beliau selesa tinggal di situ dan tidak merancang untuk berpindah keluar dan mengharapkan sekiranya ada pihak berkaitan yang boleh membantu untuk membina rumah yang lebih selesa di dalam kawasan kebun getah tersebut.

“Sekarang pondok saya ini dibina atas tanah tok wan (datuk) saya. Memang saya yang pilih duduk di sini sebab mudah bagi saya untuk bekerja,? katanya.

Dalam pada itu, Badrol Hisham berkata beliau ada menawarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di luar untuk keselesaan keluarga Mohd Ridzuan namun dia menolak kerana tetap mahu tinggal dalam kebun getah itu.

Sehubungan itu, beliau berkata alternatif lain, pihaknya merancang untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa kepada keluarga berkenaan tetapi bukan dibina atas tapak sama pondok itu kerana dilihat tidak bersesuaian untuk menjamin keselamatan mereka dalam jangka panjang.

21685991_1186765624800281_7188915951898167411_n.jpg

“Kami kena cari tapak lain yang lebih selamat terlebih dahulu untuk bina rumah ini. Saya difahamkan ada tanah tok wan Mohd Ridzuan di kawasan ini yang atas tapak tanah rata. Proses untuk membina rumah ini saya akan buat secepat mungkin dan saya akan turut berbincang dengan pihak berkaitan bagi mempercepatkan rumah ini dibina bagi keselesaan keluarga Mohd Ridzuan,” katanya.

Badrol Hisham turut menyampaikan sumbangan kotak Bantuan Rakyat Kedah (Barakah) berupa barangan makanan kepada keluarga itu.

Sumber: Bernama

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s