Kerabat Diraja Johor Didakwa Miliki Dadah

Screenshot_20170921-174806
Tunku Alang Reza (kiri) bersama Puteri Nur Zawani (gambar bulat kanan) didakwa bersama memiliki dan menghisap dadah di sebuah kondominium Jun lalu.

PETALING JAYA – Kerabat Diraja Johor, Tunku Alang Reza Tunku Ibrahim dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan iaitu menghisap syabu dan memiliki dadah jenis sama dan ganja di sebuah kondominum di Damansara Perdana, di sini, Jun lalu.

Bagaimanapun, tertuduh Tunku Alang, 31, mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Nurulhuda Zakariya.

Mengikut peruduhan pertama, dia didakwa mengunakan dadah syabu di Balai Polis Bandar Utama, di sini pada pukul 2.20 pagi, 4 Jun lalu.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 15 akta sama dan Seksyen 38B akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum dua tahun, atau kedua-duanya sekali dan diwajibkan selama dua tahun pengawasan polis jika disabit kesalahan.

Sementara itu, bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa bersama-sama memiliki dadah jenis ganja seberat 0.9 gram dan syabu 0.15 gram di sebuah rumah di Kondominum Ritz Perdana 2, Bandar Damansara Perdana di sini pukul 12 tengah hari pada tarikh sama.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah seksyen sama dan dibaca mengikut Seksyen 34 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun, atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Dalam prosiding itu, turut mengaku tidak bersalah atas tuduhan sama iaitu memiliki ganja dan syabu, Puteri Nur Zawani Mohd. Rasid, 33.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Abu Arsaalna Zainal Abidin menawarkan RM5,000 dengan seorang bagi setiap pertuduhan dihadapi kedua-dua tertuduh.

Mahkamah membenarkan Tunku Alang Reza diikat jamin RM4,500 dengan seorang penjamin dan Puteri Nur Zawani RM3,000 serta menetapkan 31 Oktober depan sebagai sebutan semula kes.

Tarikh 31 Oktober depan ditetapkan untuk sebutan semula kes.

Tunku Alang Reza pernah dikaitkan dengan kematian teman wanitanya iaitu seorang model Reginaa Soosalu di Pulau Rawa, Johor Bahru, tiga tahun lalu.

Sumberr Kosmo Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s