Lebih dari RM570 Ribu Ringgit duit pelanggan dimasukkan akaun Boy Iman – Lihat reaksi beliau apabila penipuan hampir terbongkar!

​Lebih dari RM570 Ribu Ringgit duit pelanggan dimasukkan akaun Boy Iman – Lihat reaksi beliau apabila penipuan hampir terbongkar! – KECOH Selasa lalu apabila bekas pelakon suam-suam kuku, Dato’ Dr. Boy Iman atau DBI ‘diheret’ ke sesi soal jawab bersama Persatuan Pengguna Islam Malaysia mengenai skim rumah mini banglo murah yang ditawarkan syarikatnya, DBI Technology.

Syarikat itu dikatakan menipu wang pembeli kerana menawarkan rumah dengan harga yang terlalu murah iaitu RM45,000 sebuah.

Susulan itu, pelbagai akaun crimebuster di Facebook yang mendakwa kediaman yang disediakan syarikat milik DBI atau nama sebenarnya, Norul Iman Abdul Rahman itu murah ‘tak masuk akal’ serta mengesyaki terdapat banyak maklumat yang kurang jelas mengenai projek tersebut.

Pendek kata, ramai yang mendakwa DBI sebenarnya ‘menipu’ pembelinya kerana harga yang terlalu murah serta prosedurnya yang kurang jelas.

Namun, tiada tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap DBI jika benar dia menipu orang ramai dengan menjanjikan rumah cantik pada harga yang terlalu murah.

Malah, dia hanya menerima ‘akibat’ di media sosial sahaja apabila netizen bertindak meninggalkan komen-komen pedas di Instagram miliknya.

Mungkin akibat terlalu ramai yang mengutuknya, DBI mengambil keputusan drastik dengan memadam semua komen-komen negatif dan membiarkan komen-komen yang murni sahaja!

Hai, Dato’? Biarlah orang mahu cakap apa pun, kita berani kerana benar. Kan?

Sementara itu, pertemuan dengan PPIM itu tercetus apabila mangsa dikatakan membeli rumah menerusi DBI selaku bekas ejen pemasaran kepada DBI Properties ketika projek ini dilancarkan pada Mei tahun lalu.

Namun, projek tersebut dikatakan menemui kegagalan dan mangsa yang tertipu dilihat amat marah.

Susulan itu, mangsa diiringi pihak PPIM disertai Ketua Unit Tindakan Khas, Yusuf Azmi bergerak ke pejabat Juta Kelulut di Setapak, Kuala Lumpur bagi menjejaki pihak yang seharusnya bertanggungjawab keatas kes tersebut.

Namun, DBI seolah-olah cuba ‘melepas tangan’ dengan mendakwa kononnya wakil syarikat tersebut, seorang wanita yang dikenali sebagai Anggun boleh menyelesaikan masalah mereka.

Ketika sidang media bersama pihak PPIM pula, DBI mendakwa dirinya telah ditipu oleh syarikat berkenaan.

Malah, DBI juga dilihat masih mempromosikan jualan rumah itu walaupun telah diminta oleh PPIM untuk menghentikan sebarang pengiklanan mengenai projek tersebut.

Manakala Yusuf pula memberitahu bahawa PPIM telah mendesak pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes berkenaan kerana aduan telah dibuat.

Nampaknya kes ini akan bermain tarik-tali begini sehinggalah orang sudah terlupa, kot?

Dalam kecoh-kecoh pun ada juga lagi yang tidak ragu-ragu langsung mengenai tawaran ‘gila’ DBI Technology itu kerana mahu bayar ‘cash’ pada syarikat itu untuk membeli rumah!-MYNEWSHUB.CC

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s