Sajat ‘Skandal’ Baru Fattah Amin?

PETALING JAYA: Kecoh di media sosial apabila tular video di sebalik penggambaran sebuah drama yang dilakonkan usahawan kosmetik, Nur Sajat. 
Lebih menarik perhatian apabila Sajat yang tampil anggun memakai gaun hitam dan bergincu merah, berlakon bersama pelakon kacak kegilaan ramai, Fattah Amin.
Bercakap kepada mStar Online, Sajat berkata, beliau membuat kemunculan khas dalam drama bersiri berjudul Coffee Prince arahan Michael Ang yang menjadi kontroversi sebelum ini.

Personaliti berusia 32 tahun ini memberitahu, ia sekadar watak kecil yang membuat kemunculan singkat digandingkan bersama Fattah dalam drama berkenaan. 
“Saya memegang watak kecil sebagai seorang wanita yang bekerjaya. Adegan ini menunjukkan sesi perkenalan antara saya dan Fattah.
“Mesti ramai tertanya-tanya kami berkenalan sebagai apa kan. Mungkin ‘skandal’ mungkin kenalan. Kalau nak tahu sama ada saya akan jadi ‘skandal’ bagi watak yang dilakonkan Fattah, kenalah tonton drama ni nanti,” katanya dengan nada teruja.
Namun ia bukan pertama kali Sajat berlakon kerana sebelum ini usahawan itu pernah menjadi pelakon tambahan dalam filem Ophilia yang diterbitkan pada 2014.
Ini termasuk pengalamannya dalam pementasan teater menyebabkan Sajat tidak kekok untuk berlakon di hadapan kamera.
Ditanya adakah gemuruh digandingkan bersama Fattah, Sajat menyifatkan dia selesa dengan sikap pelakon pujaan ramai itu yang mudah bekerjasama.
“Fattah seorang yang sangat positif dan terbuka. Lagipun kami dah buat latihan dahulu sebelum sesi penggambaran.
“Michael pun ada beri tips dan penerangan dari segi jalan cerita dan situasi lakonan. Jadi, lebih memudahkan Sajat untuk memegang watak tu. Lagipun Sajat memang wanita berkerjaya seperti sekarang. Jadi, tak ada masalah,” katanya.

Walaupun kemunculannya hanya singkat dalam drama bersiri tersebut, tetapi Sajat berharap ia dapat memberi impak yang besar kepada penonton.
“Saya terima tawaran berlakon daripada Michael ni pun disebabkan watak kecil tetapi memberi impak yang besar dalam drama ini.
“Saya juga berharap drama ini nanti mendapat rating yang bagus sebab ia melibatkan pelakon-pelakon yang popular seperti Fattah termasuk Janna selain pengarahnya yang hebat dan versatil,” katanya.
Drama Coffee Prince arahan Michael Ang yang menggandingkan Fattah dan Janna Nick merupakan adaptasi drama Korea lakonan asal Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.
Sumber Mstar Online

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s