Azmin Ali Benar Pesta Arak Diadakan Di Selangor

KLANG, 3 Muharram 1439H, Ahad – Tatkala umat Islam keras membantah penganjuran pesta arak, Better Beer Festival 2017 (BBF17) diadakan di ibu negara pada awal Oktober depan, kerajaan Selangor menawarkan acara berkenaan diadakan di negeri itu.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, penganjur boleh memindahkan lokasi penganjuran pesta itu ke Selangor, dengan syarat mematuhi semua peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pesta berkenaan sepatutnya diadakan pada 6 dan 7 Oktober ini di pusat beli-belah Publika, Kuala Lumpur dengan menampilkan 250 jenama arak dari 43 kilang di seluruh dunia.

Bagaimanapun Isnin lalu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menolak permohonan permit bagi penganjuran pesta berkenaan atas sebab keselamatan selain bercanggah dengan enakmen yang terkandung dalam undang-undang kecil DBKL.

Malah, Ketua Polis Negara sebelum ini juga mendedahkan bahawa kumpulan militan merancang untuk mensabotaj pesta berkenaan, dan tidak menolak kemungkinan berlaku masalah keselamatan yang serius.

Azmin berkata, pendirian kerajaan negeri adalah menghormati adat resam dan budaya kaum-kaum yang membentuk rakyat Malaysia, bagaimanapun undang-undang perlu dipatuhi.

“Secara dasarnya kami (kerajaan negeri) menghormati dan memelihara hak kaum minoriti tetapi perlu patuh terhadap undang-undang sedia ada,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s