Azmin Ali tuntut Utusan tarik laporan ‘Azmin Benar Pesta Arak’

6c720cea023d4ada3c4a8a3c2fb58d92.jpeg

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengarahkan peguamnya untuk mengeluarkan surat tuntutan kepada Utusan Malaysia kerana mendakwa bahawa beliau membenarkan pesta arak diadakan di negeri itu.

Dalam satu kenyataan, pejabat menteri besar Selangor berkata laporan muka depan akhbar milik Umno itu adalah tidak benar dan bertujuan untuk mengelirukan orang ramai.

“Kami mencabar Utusan Malaysia untuk mengemukakan bukti bahawa beliau berkata demikian.

“Menteri Besar menuntut penarikan balik tanpa syarat, permohonan maaf secara terbuka dan ganti rugi dari Utusan Malaysia,” petik kenyataan itu.

Akhbar itu hari ini memaparkan tajuk utama “Azmin benar pesta arak” manakala tajuk kecilnya pula berbunyi “Tidak hirau amaran PDRM mengenai ancaman pengganas”.

Perenggan pertama laporan itu menyebut bahawa “Kerajaan PKR Selangor tidak akan menghalang jika pesta arak Better Beer Festival 2017” mahu diadakan di negeri ini.

Ia memparafrasakan ayat-ayat Azmin yang kononnya berkata, ini sejajar dengan prinsip yang dipegang oleh kerajaan negeri Selangor iaitu untuk menghormati hak kaum dan agama lain.

Satu laporan lain memetik pemimpin PAS dan sebuah NGO Melayu yang membidas Azmin.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi dipetik sebagai berkata, arak bukanlah milik mana-mana agama atau kaum dan arak jelas ditentang oleh semua agama.

Sementara itu, pejabat Menteri Besar Selangor menjelaskan bahawa Azmin pada sidang akhbar semalam, memaklumkan bahawa sebarang majlis memerlukan kelulusan pihak berkuasa tempatan serta memenuhi semua syarat yang ditetapkan.

“Beliau tidak akan melangkaui pihak berkuasa tempatan dalam hal ini. Sebagai menteri besar adalah kewajipan beliau untuk menegakkan dan mematuhi undang-undang, undang-undang kecil dan prosedur negara.

“Pendirian kerajaan negeri adalah sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, bukan sahaja kita perlu menghormati hak kaum dan agama lain tetapi kita juga harus melindungi hak mereka,” petik kenyataan itu.

Azmin kini berada di India atas urusan rasmi negeri.

Sumber Malaysiakini

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s