Datuk Seri Pukul Anggota RELA Disahkan Positif Dadah 


​’Datuk Seri’ yang bertindak mencederakan tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) baru-baru ini telah disahkan positif dadah.

Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, perkara itu diketahui melalui saringan ujian air kencing selain suspek juga pernah memiliki rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

Jelasnya, pihak polis juga sedang melakukan siasatan sekiranya suspek terlibat dalam jenayah-jenayah lain serta menyemak gelaran dan darjah yang dianugerahkan kepadanya.

“Hasil saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah dan siasatan menunjukkan dia juga mempunyai rekod lampau berkaitan penyalahgunaan dadah.

“Polis akan menjalankan siasatan sekiranya suspek terlibat dalam kegiatan yang mungkin melanggar undang-undang termasuk menyemak gelaran Datuk Seri yang diterimanya,” katanya.

Terdahulu, Melvin Cheong Mun Khai, 19, Lee Weng Poh, 27, dan Leong Jiun Jie, 21, cedera di kepala, mata dan perut selepas mendakwa dipukul dan ditendang lelaki terbabit, kira-kira jam 6.30 pagi.

Berdasarkan sumber, punca kejadian berlaku apabila mereka meminta Datuk Seri terbabit mengalihkan Toyota Vellfire miliknya yang mengganggu lalu lintas, tapi enggan berbuat demikian.

Sumber – Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s