Astro Beri Saluran Secara Percuma Selama 17 Hari 

KUALA LUMPUR: Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) akan memberikan semua saluran percuma – selain saluran sukan premium dan Pay Per View – di Astro dan Astro Go kepada pelanggannya bermula 3 hingga 19 November ini selepas mereka menang dalam kategori Media dan Rangkaian pada Anugerah Putra Brand 2017 yang berlangsung semalam.
Ini adalah kali ke lapan Astro memenangi anugerah jenama terbaik untuk kategori yang sama.

Astro Awani melaporkan, Ketua Pegawai Digital dan Pemasaran Astro, Ridhuan Sidek anugerah itu akan meningkatkan lagi komitmen Astro untuk memberikan kandungan terbaik kepada pelanggannya.

Tambahnya, Astro akan meneruskan transformasi yang dilakukan dan menjadikan kepuasan pelanggan sebagai sasaran utamanya bergerak ke hadapan.


Anugerah Putra Brand 2017 merupakan anugerah yang mengiktiraf jenama terkemuka di Malaysia dan dianjurkan oleh Persatuan Ejen-ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As).

Ia mengukur jenama menerusi faktor termasuk keinginan pengguna untuk membeli produk dan perkhidmatan serta rekomendasi kepada rakan dan keluarga.

Pemenang dipilih berdasarkan tinjauan yang dilakukan ke atas 6,000 pengguna di Malaysia.

Sumber: Astro Awani

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s