“Mikael Terbaring Lembik, Muntah, Muka Bengkak Kemerahan,” Ibu Kongsi Derita Anaknya Termakan Susu Formula Tiruan

Heboh sejak semalam kisah susu fomula kanak-kanak tiruan yang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa di mana susu itu kini berada di pasaran di negara kita.

Kisah pembongkaran susu tiruan jena Enfalac A+ ini telah berlaku kisah disebaliknya di mana susu itu dikatakan mendatangkan mudarat kepada bayi jika meminumnya.

Dikongsikan oleh seorang ibu bernama Seila Nawi, kisah sedih yang berlaku kepada anak kecilnya, sungguh tidak disangka kanak-kanak kecil seperti ini menjadi mangsa gara-gara kerakusan manusia untuk mengaut keuntungan.

Disebalik kesungguhan Mead Johnson menjaga kualiti susu keluaran mereka, manusia-manusia yang mementingkan keuntungan ini sanggup membahayakan nyawa kanak-kanak dengan menghasilkan susu Enfalac tiruan.

Jom baca perkongsian beliau.

ENFALAC A+ TIRUAN

Semalam Allah bagi petunjuk kepada persoalan saya selama 2 bulan lebih.

Ini bukan silap Mead Johnson, saya faham.

Saya telah pon melaporkan kejadian anak saya kepada mereka hari ini. Tapi saya harap;

1. Mead Johnson Malaysia & pihak KPDNKK telus untuk membanteras sekaligus menyalurkan maklumat untuk membezakan susu tiruan ni sebab ini untuk mendidik kita sebagai ibu bapa supaya tidak terus ditipu

2. Sedia untuk berkongsi maklumat keputusan kandungan susu tiruan dari jabatan kimia nanti.

Oktober 2017, Anak saya, Mikael keluar masuk hospital, ingat lagi kan? Warded lebih 2 minggu. Punca masih tidak diketahui sehinggalah berita tentang susu tiruan semalam.

Mikael bermula dengan muntah-muntah sehingga 9 kali dalam sehari. Kenapa sampai 9 kali, saya biar sahaja ke? Saya monitor dari rumah (kalau boleh nak elakkan ke hospital), dengan harapan & doa, Mikael akan reda dari muntah tapi tidak.

*Saya bersyukur saya rekod & ambil gambar, sebab nak update husband saya yang jauh dari kami*

Tengahari tu, muka & badan Mikael dah start kemerah-merahan & panas. Setiap kali keluar merah2 tu, saya mandikan dia. Demam on off.

Menjelang jam 3pm, Mikael dah lembik, terbaring, susu pon dia taknak minum. Jadi, saya tak fikir panjang, terus bergegas ke hospital terdekat.

Wallahi, langsung tak suspect disebabkan susu, doktor pon interview saya, hanya bertanya apa makanan tambahan (solid food) yang saya bagi pada Mikael, atau ada tak Mikael termakan apa2 sahaja dari persekitaran dalam rumah (since dia dah merangkak ke sana sini-puas fikir, saya takde jawapan).

Doktor terpaksa tahan Mikael di wad, sebab dehydration & untuk pemeriksaan lanjut.

Masuk ke wad, dah drip, Mikael langsung taknak susu atau makan.

Next, Mikael dah start cirit-birit. Najisnya, seumur hidup saya, itu yang paling busuk saya pernah hidu. Sangat busuk sehingga nurse tak dapat tahan baunya sewaktu proses nak ambil sampel najis untuk ujian makmal. Mikael cirit-birit 11 kali pada haritu.

Pelbagai ujian dibuat, termasuk alergik test, result semua ok utk Mikael, takde apa2 alergik.

Setiap najis diambil untuk ujian, namun doktor masih tiada jawapan utk punca.

Selama di hospital, Mikael masih cirit-birit & demam on off, merah2 di seluruh muka & badan sekejap ada sekejap hilang.

Kemuncaknya, selepas seminggu, Mikael dah mula berak berdarah. Doktor decide dgn prosedur antibiotik. Saya sebagai ibu akur, walaupun berat hati ni, nak masukkan macam2 ubat dekat Mikael yang masih baby.

Oh ya, sepanjang di hospital, saya tak bagi Mikael apa2 solid food (ye lah, doktor suspect mungkin alergik dari makanan tambahan) TAPI Mikael still minum susu Enfalac😭

Yelah, siapa sangka susu ada yang tiruan, lagipon Mikael bukan baru minum susu tu, dah beberapa bulan sebelum tu.

Selepas 2 minggu lebih, sebab punca masih tak diketahui, Mikael dah nampak sedikit aktif, saya minta untuk discharged.

Balik rumah, dah ada perubahan pada Mikael, way more better (sebab susu Enfalac pon dah beli pack baru (beli dari kedai lain), yang beli sebelum tu dah habis-HABIS saya bagi dia minum😩).

Yang tanya, saya beli dari mana, saya tak dapat nak nyatakan kat sini, sebab pihak Mead Johnson sedang menyiasat rangkaian kedai serbaneka berkenaan di sekitar Selangor ni. Kita tunggu jawapan dari mereka nanti.

Cuma nasihat saya, ibu2 yang masih nak teruskan anak dengan susu ni, boleh beli dari AEON & TESCO dulu, elakkan beli dari kedai-kedai ubat atau kedai rangkaian serbaneka buat sementara waktu sehingga mereka istiharkan isu ini selesai.

Untuk saya, saya dah tukarkan Mikael dgn susu lain selepas pengalaman pahit ni.

Untuk parents, kalau anak2 kita ada tanda2 macam saya sebutkan di atas, cepat2 bawak anak anda ke hospital. Saya doakan anak2 kita dielakkan dari terus menjadi mangsa.

Kesan dari susu tiruan ini, Mikael masih recover dari kemerahan di muka & badan. Saya yakin ada bahan aktif dalam susu tiruan yang belum betul2 discharge dari badan dia. InshaaAllah slowly. Mohon doa dari semua jugak untuk Mikael.

#Enfalac

#FakeInfantFormula

#SusuTiruan

Ini kenyataan penuh dari pihak Enfagrow A+ Malaysia,

Kepada ibu bapa sekalian,

Mead Johnson Nutrition bekerjasama dengan pihak berkuasa Malaysia untuk menyiasat laporan susu formula palsu di Johor Bahru. Pemeriksaan yang di buat di pasaran yang dijalankan minggu lalu ini adalah berdasarkan maklumat yang diberikan oleh MJN dari hasil siasatan syarikat.

Hasil pemeriksaan telah mengenalpasti sebilangan kecil produk yang disyaki di segelintir kedai runcit dalam kawasan geografi yang terhad di Skudai, Johor Bahru. Produk yang terlibat ialah Enfalac A+ Langkah 1 pek 1.8 kg (tiga pek foil dalam setiap kotak) – dan hanya dijual dalam sebilangan kecil kedai di Iskandar Puteri, Taman Mutiara Rini, Taman Orkid dan Taman Nusa Bestari. Pemeriksaan yang luas dalam pasaran telah mengesahkan bahawa produk palsu hanyalah di dapati dalam format pembungkusan 1.8 kg dan hanya di kesan dalam kawasan geografi yang terhad ini.

Dalam kerjasama yang kami jayakan bersama pihak berkuasa Malaysia, pemeriksaan di pasaran setakat ini hanya mendapati 210 pek tiruan, tetapi siasatan lanjut masih berterusan bertujuan menghapuskan produk tiruan sepenuhnya. Pihak berkuasa Malaysia telah mengesahkan bahawa mereka akan meneruskan siasatan secara aktif dalam operasi penghapusan susu tiruan dan memastikan pihak yang berkaitan akan didakwa dan dihukum sekeras-kerasnya oleh pihak yang berwajib.

Penyiasatan kami – dan pemeriksaan runcit baru-baru ini – menunjukkan bahawa insiden produk tiruan ini sangat rendah, tetapi kami ingin memastikan pengguna yakin dengan pek produk yang di beli. Cara paling mudah untuk mengenal pasti produk tiruan adalah memeriksa pek foil individu. Bungkusan Enfalac A+ Langkah 1 yang tulen kelihatan mempunyai lebih udara dalam pek. Manakala pek foil tiruan pula mempunyai udara yang kurang dan serbuknya lebih mampat. Bungkusan mempunyai lipatan tajam yang ketara di kedua-dua belah bahagian sisi nya, manakala lipatan tidak ada pada pek foil tulen, seperti ditunjukkan dalam gambar di bawah.

Sekiranya pengguna menemui pek Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg dengan lipatan tajam pada sisi bungkusan foil dalam produk yang dibeli, sila hubungi talian pelanggan careline Mead Johnson di talian 1-800-88-3585 (Isnin-Ahad 9.00 pagi -9.00 malam) dengan segera untuk mendapat sokongan dan menerima produk gantian.

Sekiranya pengguna mempunyai produk Enfalac A+ Langkah 1 1.8 kg yang tidak lagi dalam bungkusan asal, mereka juga boleh menghubungi kami untuk mendapatkan produk gantian.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s