Warkah Ahmad Maslan Untuk Najib Razak

WARKAH DARI PONTIAN UNTUK NAJIB RAZAK

السلامعليکم دان سلام سجهترا
Ke hadapan Ayahanda Najib Razak yang dikasihi ,

Anakanda menulis warkah ini bertujuan untuk memberi kata-kata semangat kepada ayahanda untuk terus berjuang. Ayahanda , percaya lah bahawasanya kerajaan u-turn menang dengan fitnah yang dilemparkan kepada ayahanda dan juga janji-janji manis manifesto. Sekarang kebenaran sudah pun terbukti apa yang dicakna selama ini oleh pihak kerajaan u-turn ketika mereka menjadi pembangkang dahulu hanyalah omong-omong kosong.

Ayahanda , bangkitlah ! bangunlah ! berdirilah ! yang berlalu biar berlalu. Yang pergi biarlah pergi. Marilah kita sama-sama membina semula umno. Anakanda juga menyifatkan bahawa umno dan barisan nasional adalah sebuah kereta yang berhenti Rnr untuk berehat. Kita bukan kalah , kita bukan tewas tetapi kita berehat seketika setelah sekian lama berjalan dan akan meneruskan perjalanan seperti biasa.

Wahai ayahanda yang dirindui , jikalau ayahanda perlukan jantung untuk hidup ambilah jantungku ini. Jikalau ayahanda perlukan mata untuk melihat ambilah mataku ini dan jikalau perlukan kaki untuk berjalan ambilah kakiku ini.

Memang benar kata orang tua-tua , seribu kebaikan yang kita buat mereka tidak akan pandang tetapi dengan hanya satu kesalahan yang kita lakukan mereka akan canang seluruh dunia. ingat ! lelaki yang hebat ialah lelaki yang ramai musuh dan selalu difitnah tetapi tetap senyum dan sabar seperti ayahanda 👍👍

Jam sudah menujukkan 8.10 PM dan ucapan anakanda akan berakhir di sini kerana jadual penerbangan hampir tiba. Akhir kalam dari anakanda , berjuanglah hingga titisan darah yang terakhir . jangan sesekali pernah mengalah ! lawan tetap lawan kerana kebenaran tidak boleh dijual-beli. Sesungguhnya yang baik datang dari allah yang buruk datang dari diri anakanda itu sendiri 👍👍

Yang merindui mu,
Anakanda Ahmad Bin Maslan
(Perjalanan udara dari Pontian ke Putrajaya)

Facebook Comments
Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.