Di Sebalik Fenomena #Maluapabossku Najib Razak

Jika takutkan kegelapan, hadapi dan kuasailah kegelapan itu. Mungkin itulah falsafah penjenamaan semula imej DS Najib Razak pasca PRU 14. Umum mengetahui bahawa beliau dijatuhkan melalui manipulasi media. Kini dengan media juga, DS Najib kelihatan cuba bangkit dan melangsungkan ‘move on’ yang agak berbisa.

Setelah 8 bulan, PH kelihatan masih gagal membuktikan pendakwaan-pendakwaan ke atas mantan PM itu. Kegagalan tersebut memberi motivasi kepada DS Najib dan membuatkan rakyat mula ragu terhadap segala tuduhan-tuduhan skandal ke atas dirinya.

Imej DS Najib kelihatan agak melonjak kebelakangan ini antara sebabnya:

• Beliau mengemukakan hujah-hujah konstruktif dalam menjawab tuduhan-tuduhan dari kerajaan PH. Simple, mudah difahami oleh golongan bawahan. Bukan semata-mata gaya yang kelihatan ‘cool’, tetapi lebih dari itu jawapan-jawapannya berisi & berfakta.

• Bahasa yang digunakan terlalu santai & kelihatan amat ‘sporting’ tidak dibuat-buat, terlalu kontra dengan karektor bangsawan yang membebani dirinya selama ini. Sindiran tajamnya kerap menjadi paku buah keras ke atas blok PH.

• Sementara segala argumen-argumen DS Najib, hanya mampu dibalas dengan modal ulang-ulangan oleh PH. Menyebabkan rakyat mula menilai bahawa sebenarnya PH sudah kehabisan modal untuk berdepan dengan DS Najib.

• Beliau menunjukkan gaya ‘happy go lucky’, yang memberi kesan kepada psikologi pihak lawan. Memuat naik gambar bagaimana beliau enjoy bersama rakyat bawahan yang kecewa dengan PH, sudah cukup mengganggu moral lawannya.

Jika kita perhatikan posting fb Najib Razak, rata-rata yang respon adalah golongan dari luar ‘circle’ UMNO. Ahli dari parti-parti lain turut memberi respon yang positif, tidak kurang mereka yang ‘like & share’ posting beliau. Ia kelihatan agak organik dan neutral. Siapa sangka, beliau boleh ‘move on’ sesempoi ini.

Dalam satu wawancara, DS Najib sendiri menyatakan selama ini tentera siber UMNO banyak menghabiskan beras sahaja. Tidak efektif. Lantas sekarang kita dapat saksikan seorang jeneral turun pangkat jadi prebet, cuba mengajar anak-anak buahnya bagaimana mahu jadi tentera siber yang sebenar. Nampaknya beliau cepat belajar, kaedah menjadi figur pembangkang yang berpengaruh. Sesungguhnya ilmu psikologi itu amat penting.

Disclaimer: Tulisan ini hanya pemerhatian rambang terhadap trend politik di media sosial. Tiada kaitan dengan kecenderungan politik penulis.

Abdul Mu’izz Muhammad

17 Januari 2019.

Facebook Comments
Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.