KISAH BEKAS KOMANDO YANG SANGGUP MENGGADAI NYAWA MENGEJARKAN ARWAH ADIB KE HOSPITAL!

Gambar yang anda lihat ini adalah susuk tubuh seorang lelaki sewaktu beliau sedang menjalani latihan asas komando dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Lelaki yang sama jugalah yang sanggup meredah lautan manusia di kawasan kuil Seafield dan membawa anggota bomba, Adib ke hospital tempoh hari.

Kalaulah tidak kerana perlu tampil memberi keterangan dalam prosiding inkues di mahkamah tempoh hari, sampai ke sudah kita tidak tahu siapakah kelibat ‘malaikat tanpa sayap ini’.

Abam sangat bertuah kerana berjaya menjejaki beliau dan seterusnya menemubual kisah dan perasaannya dalam berhadapan dengan kes yang menggemparkan negara ini.

” Saya orang biasa saja bang dan tak ramai pun yang tahu saya bekas anggota komando dari Regimen Gerak Khas (RGK) sebenarnya. Kepakaran saya adalah bantuan perubatan kerana saya juga adalah bekas anggota Kor Kesihatan Diraja. Abanglah wartawan pertama yang tahu benda ni.

” Malam kejadian saya sedang cari stesen minyak kerana kenderaan pacuan empat roda yang saya bawa kehabisan minyak dan Waze membawa saya ke lokasi tersebut. Bila tahu ada anggota bomba cedera di situ, saya dah tak fikir apa dah.

” Berkat latihan komando yang saya ada, tiba-tiba keberanian itu datang, masa tu saya terfikir satu benda, apa nak jadi, jadilah! Saya mesti bawa dia keluar dari situ dengan segera!, ” katanya.

Beliau juga mendedahkan satu kisah sedih yang melanda dirinya selepas kejadian itu.

Kredit : Fb Syahril A. kadir

Facebook Comments
Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.