‘Kami Akan Kunci Kamu Dalam Rumah Jika Tidak Keluar’ !! Tengking Penguasa | PPR Taman Manggis

Keluarga 1

Di arahkan keluar serta merta jam 11 am. Ketika itu si ibu sedang memasak makanan hidangan tengahari. Penguasa menengking kalau tak keluar sekarang kami akan kunci kamu di dalam rumah. Maka si ibu memastikan api dapur dan meninggalkan rumah sehelai sepinggang.

Keluarga 2.

Ketika penguasa datang, hanya ada anak kecil berusia 5 tahun sedang tidur di rumah di jaga oleh seorang nenek. Ibu bapa semua keluar bekerja. Penguasa mengarahkan si nenek mendukung anak yang sedang tidur itu utk di bawa keluar sehelai sepinggang.

Keluarga 3.

Ketua keluarga di timpa kemalangan 3 minggu sebelumnya dan kaki terpaksa di simen ke paras lutut. Sekarang dlm cuti sakit dan berehat di rumah. Penguasa Perumahan menggegar pintu rumah dan mengarahkan lelaki berkenaan segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Hanya bertongkat terjingkit2 lelaki itu dlm tangisan meninggalkan rumah.

Keluarga 4.

Apabila penguasa mengarahkan keluar rumah, si bapa enggan. Penguasa menyeru masuk seramai 5 orang bersama 3 anggota polis dan menggari tangan si bapa di depan mata anak2 yg masih kecil.

Facebook Comments
Advertisements

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.